Showing posts with label .:Ngomel:.. Show all posts
Showing posts with label .:Ngomel:.. Show all posts

May 23, 2010

Eh. wa memang tak suka orang konpiden lebih!




wa dah kata kan semalam.

YES!
YES!
YES!


Tekaan wa tepat.
Wa nak tukar profesion wa la lepas ni.

Jadi tukang ramal?
Hoh, pe tingkatan kan.

Wa nak jadi penembak la.
Kaitan la kan?
Semalam wa tembak kena pe.
Kan kan kan.

Wa dapat agak iwan[sori la bro, lu tak bes la] no las,
Maulana [yang over konfiden tu, eh wa memang tak suka orang konpiden lebih ni. hahah] no. 4 je,
No. 3 Daus [lu kiut, wa suka wa suka.hahah], Dira no 2.
Yelah dah Shahir no 1 [mestila dira, takkan Ain kot.]


Boleh la kan, penembak.

Hahaha.

Wa konpiden gelak ni.
Lu orang suka tak wa konpiden gelak?
Hahaha.

Beb, konpiden gelak takpe.
Betul wa cakap.
Dari lu orang konpiden meraung.

Oleh itu,
Mari lah kita konpiden gelak walaupun hati tengah sedih, haru-biru.
Setiap problem konpem ada jalan nak setel.
Hati mau suci dulu baru la nampak jalan.

Ni tak,
Lu sedih wa sedih. [eh. ]

Lu sedih, tapi penyebab masalah dok hepi je hulahup kat belah sana.
Lu sedih, penyebab masalah dok hepi je makan pisang goreng cicah sambal sambil goyang kaki siap ada air milo panas lagi kat sebelah. Bukan sebelah meja, sebelah pinggan pisang tu.

Lu sedih-sedih, penyebab masalah elok je dengan anak bini dia. Siap anak dalam perot get ready nak keluar lagi satu kan. [ni wa sedih ni. wa tak tahan yang ni.] [apekes?hahah.ops.]

Lu sedih-sedih, penyebab masalah elok je jalan-jalan peluk pinggang dengan awek baru dia, siap gentelmen sangkut kat bahu lagi henbeg awek baru die tu kan.

Lu sedih-sedih, wa pun sedih. Sebab minggu depan wa kena berdepan dengan audit.
[waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nanges ni nanges]


Jadi apekes?


Ah. Jom lah jangan bersedih.

Semua menda kita kena berdepan. Kena lalu.
Ada tol ke, takde tol ke.

Oke, marilah kita konpiden gembira.
Walaupun, muka ni dah ketat nak gelak.

Tak rugi. Awet muda pun.
Lu orang tak nak ke?
Macam wa.

Hahaha.
[konpiden kan stetmen gitu]

Oke la. Bai!


bisikBESAR: Wa suka sangat dengan Shahir, pekes la kan? hahah

May 17, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu.



Selamat pagi. Hai.
Makin lama makin jarang wa apdet entri blog.
Wa bukan penulis tegar.
:D


Wa tak tau nak stat cerita dari belah mana.
Kalau pasal diri wa. Oke. Kadang-kadang rasa 'turun' [down]. Bukan sebab tak kawin lagi [orang selalu kaitkan wa dengan fakta ini.] Tak kuasa i.[eh.] Hidup bukan untuk kawin saja oke. Tapi kawin itu wajib. Itu bila dah ketemu pasangan dan sudah mampu dari segala segi.

Eh.
Oke. Tuka topik.

Piala Thomas. Kalah, oke. wa bole terima wat.
Lagipon bukan melayu yang main. Try budak-budak melayu yang main.
Yang semangat macam anak-anak arwah pakcik sidek.
Yang tak warnakan rambut.
Eh sebab apa wa kaitkan dengan point tu?
Entah, sebab kalau solat nanti tak sah kot.
Hahah.
Padahal wa pun pernah warnakan rambut je kan. Cerita 8 tahun dulu.
:P

Wa lupa nak selitkan pasal neo.

Kesian dia. Eksiden 2kali.
Pertama kali, di balakong.
Kedua kali, di tiang garaj.

Harap, takde dah ketiga kali, kelapan kali ke.
Minta jauh dari persimpangan dilema.
Dapat merasa camne nak setelkan sendiri hal-hal urusan baiki kereta.
Takde la sepenuhnya mengharapkan bantuan lelaki je kan.
Gagah kan wa?
:P
Tapi jangan belagak sangat sampaikan tolak pertolongan insan yang terlebih kudrat tu kan.
Boleh je. Tak dose. Selagi tak gedik.
hahah.

Rasanya ramai kawan wa nak kawin bulan depan. Cuti sekolah. Biasalah. Bila lagi nak gunakan cuti sedara-mara, anak buah, anak tak buah kan?
Hahah. Seronok je wa rasa. Betol tak?
:P

Selamat Pengantin Baru buat Azi, Wan Nazarina [beb, lu langkah bendul wa ni.chais!], Moo [sori beb, tak dapat datang kenduri lu.] dan siapa-siapa lagi la yang tak jemput wa.
Takpe wa ingat sampai mati.
hahah. Ape kes.

Sudah la ek. Wa rasa idea berterabur ni. Lagi-lagi tak dapat join kawan wa pegi holiday. Sabah plak tu. Dem.
Korang jaga diri baik-baik la ek.

Tajuk memang lari dengan isi. hahah.

bisikBESAR: apedehal wa nak tuka kata ganti diri wa. hahah.

Apr 25, 2010

Semua telah ditentukan.

Bergetar rasa hati bila dengar perkhabaran tentang pemergian achik. Sedih. Ketika itu aku dilangkawi. Berseronok, dan kemudian tersentap menerima hakikat ini. Aku membesar diiringi dengan lagu-lagu arwah. Sepupu aku pula selalu dikaitkan dengan achik. kononnya mereka seiras. :) Dulu aku pernah merasakan arwah dengan penyanyi nana sesuai bersama. Sebagai pasangan kekasih mungkin. Ini cerita dulu oke. :) dan diari romeo filem lakonan arwah, juga aku ikuti. Biarkan mereka yang berkata taste aku ntah serupa apa. Tapi aku sebenarnya menghargai bakat arwah.

Sehingga ke hari ini. Sebak masa aku terasa tiap kali terlihat wajah, lagu dan segala cerita tentang arwah. Terlalu cepat. Tapi itulah kenyataannya. Ajal dan maut sudah ditentukan Allah.







Moga keluarga achik tabah menghadapi dugaan sekuat ini.

Al-Fatihah.

Juga untuk mereka yang sudah pergi.


BisikBesar: kesemua gambar ini aku gugel dan dari ohmalaysia.com.






Feb 25, 2010

Tak sedap.


KUCIWA!

sedih.


antara alasan aku gagal ialah:

1. 800 contoh soalan itu tidak memberi sebarang talian hayat pun.
2. termasuk soalan dari 'cd' buku berkaitan.
3. soalan susah amat.


Aku mandom. sedih. :(

bisikBESAR: gagal sekali tidak bererti lulus selalu.





Feb 24, 2010

Semoga awak berjaya Ayu!



Ini kalau aku tidak lulus, jangan salahkan nasi.
Atau jangan salahkan perut aku yang lapar.

Tapi bukan salah siapa-siapa andai aku tidak lulus.

Hey aku mesti lulus lah!

Semoga awak berjaya Ayu!


bisikBESAR: oh, 'passing mark' = 75%.





Feb 18, 2010

Menulis sedikit-dikit.


Exam aku minggu depan.
Ntah kan lulus, ntah kan tidak.

Mood menulis belum sampai lagi.
Masih tersandar ditepi jeti klasik melaka mungkin.
Aha-ha-ha!


Doakan aku lulus.

Semoga Allah merahmati kita semua!

bisikBESAR: aku bukan siapa-siapa.


Jan 29, 2010

Ensem la dia.



Bertambah-tambah ensem la dia.

..
...
....





Oh la la la!

bisikBESAR: no plat kne tutup. hik!

Jan 25, 2010

Jan 13, 2010

Aku akan dimadukan.


Ada seorang teman bertanya.

Kenapa kaum hawa lebih gemarkan penceraian dari memiliki payung emas?
Dan dia mula berkata tentang sunnah nabi, hukum Allah serta pahala dan dosa.

Aku hanya tersenyum.
Cuba mencari suatu perumpamaan atau persamaan.

Dan aku mula memberi jawapan dengan satu pertanyaan.

" Kau punya kekasih hati?"
Dia menjawab dengan senang hati sekali, " Iya, tentulah."
Kalau suatu hari nanti ditakdirkan kalian bertemu jodoh,
dan tiba-tiba
kekasih hatimu itu berubah hati dan punya cinta hati yang lain.
Apa kau boleh terima dengan hati yang terbuka? Atau dalam erti kata yang berbeda,

KAU REDHA DAN TERSENYUM LALU MEMELUKNYA DENGAN RASA GEMBIRA BAHAWA KAU AKAN DIMADUKAN??

Teman ku itu terus berkata:
" Ok. Mudah sungguh jawapan mu. Dan terima kasih kerana tidak memberi jawapan dengan membentak-bentak. "


BisikBesar: Apa payah benar untuk memahami suatu perasaan kecewa??

Jan 12, 2010

AJL 24 yang terlepas entri.





Aku tau aku lambat.

Suka-hati-aku-lah!

Hahaha.

Kenapa aku tepek muka Lan?

Lagik sekali.


Suka-hati-aku-lah!

Hahaha.

:P

Aje gile aku ni.
Mampos nanti kalau kalian bengang dengan aku. Harus tutup saja tetingkap blog aku ni.
:P

Oke. Aku pengalah.

Aku tepek muka Lan sebab dia budak Langat.
:P

['Hai Lan. Ingat tak kita main rounders sama-sama masa kecik dulu??']
Harus ke? Hahaha.

Suara dia sedap kan? Lazat gitu.

Tapi dia bukan juara AJL.
jadinya titik.
[Penuh dengan ketawa!]

...

Wohooo.

Aku sangat setuju bila Yuna menang.
Iya. Aku tau no.2.

Menang jugak pe!

Persembahan Yuna sangat-sangat-sangat best!
Ditambah kegeraman tika dia menyebut oh bulan tu beberapa kali.
[Bila dia ni nak mula nyanyi ni. Oh bulan saja dah lebih 3 kali.]
Penuh dengan ketawa.

Secara jujurnya.

AJL kali ini memang wajib dipuji.
Semuanya best!


Gambar dicilok dari http://www.manggaonline.com.my


BisikBesar: Aku tidak dibayar oleh tv3 mahupun Yuna.

Dec 14, 2009

Entri yang asyik tertunda. oh!

Hai.

Sori aku update entri pagi-pagi 'butet' di opis.
[dituju kepada insan yang prihatin terhadap tahap kebizian dan keFREEan aku. ]
~~> adeh. posting terpaksa ditunda kerana bizi dengan hal laen<~~
Lama sudah blog ini tidak aku tatap.
Sori blog ku sayang.
Banyak yang hendak aku selitkan disini.
Tapi serabut dikepala, bikin gusar mana satu mahu ku luahkan.
Hmm.
Aku mulakan dengan point muvi dulu.
Isi ini suda basi. Biarla kan. Blog aku. Haha.
Aku dapat tonton 2 muvi je sebenarnye.
1. 2012
2. Ninja Assassin.

Kedua-duanya memang bikin jantung ku sakit. :P

Sekarang ni aku teruja untuk menonton muvi Santau.
Tapi hati ini tidak punya kekuatan yang tinggi.
Jadinya, bagaimana?

Haihhh.
Oke. Isi kedua.
Aku semakin hanyut dengan dunia baruku.
Minggu lepas, sepenuh siangku disaluti dengan 'trening' CompTia.
Ilmu bertambah.
Dengan 'trainer' yang pandai menarik perhatian kami.
Salah satu isi ilmu yang aku mahu kongsikan bersama.
.FARADAY CAGE WALLET.

Aku tak seberapa endah sebelum ini.
Sebenarnya hal ini wajib diambil tahu.
Data-data didalam cip yang dinamakan sebagai RFID boleh 'disedut' dengan menggunakan 'right equipment'. Nama untuk equipment itu tidak aku tahu.
Kemudian nanti aku update semula oke.
Cip berkaitan terdapat pada passport, kad ATM ,
kad credit dan kad state-issued ID kalian.
Dengan menggunapakai
FARADAY CAGE WALLET yang dibeli mahupun dibikin sendiri, sedikit sebanyak aku rasa memang dapat membantu.
Hehehe.

Makanya, berhati-hati dengan orang sekeliling kalian.
:P

Aku tampalkan link berkenaan oke?Harap dapat membantu kalian oke.

http://howto.wired.com/wiki/Make_a_Faraday_Cage_Wallet#How_To_Proceed


Uh oke done.

Isi ketiga.
Muahaha.
Aku sudah beli speedlight dan lens 50mm.
Punya rezeki sesudah berhadapan dengan beberapa kekalutan sebulan yang lepas.
ALHAMDULILLAH.
Buat Suria, kawan opis ku dulu.
[sampai bila-bila pon kau tetap kawan aku oke? :P]
Terima Kaseh temankan aku.
Hehehe.

Isi keempat.
Aku simpati dengan dugaan yang dihadapi oleh adik kawan aku.
Berhadapan dengan gangguan. Hal mistik.
Moga kalian sekeluarga tabah.
Dan harapan setinggi langit agar segalanya tamat dengan secepat mungkin!
Aminnn.



Apa sahaja dugaan yang dihadapkan pasti punya hikmah dan sebab.
Hadapi dengan tenang ye kawan-kawan.



Bisikkecil: Aku sedang saket kepala. T_T

Nov 11, 2009

Jiwa terkacau.



Hai.
Aku disini.
Kau ada disana?
Oh merepek suda.
:D

Aku online sebab keje takde lagi. Makanya, penyibuk biru jangan risau kalau aku masih disini.
Jaga hal sendiri dan coba hormati orang yang lebih senior dari kau.

Aku emo?
Bukan, tapi aku terasa.
Aku juga terusik bila kawan aku diusik.
Aku akan pantas marah bila kawanku disindir.
Mari aku hadiahkan cermin besar lagi indah buat diri kau.
KAU MAHU TAK??

Apa jua perbuatan jahat kurang baik yang kau lakukan,
pasti ada balasannya.
Menanti dalam cepat dan lambat.

Dan untuk lelaki 'pink',
Hati yang kau perkotak katikkan,
jiwa yang telah cuba kau sentuh,
Ilham madah dari tanaman tebu kau itu,
kau akan nampak hasilnya.
Bukan dari aku,
tapi dari takdir kau sendiri.
Jangan cuba berpaling,
kerana aku tak akan mengerling walau sedikit pon!


Bisikkecil: Alhamdulillah.

Oct 23, 2009

Aku kata.


Orang dulu-dulu kata;

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Tapi aku ni kadang-kadang malas nak pikir pasal kesusahan yang bakal muncul.
Maknanya disini,

Aku redah je.
:minimo_02:

Bukan bermaksud aku tak renung masalah dalam jangka masa panjang.
Untuk kesenangan hati aku dalam jangka masa pendek,
sudahnya aku cuba untuk memikat rasa gumbira.

11 oktober hingga 13hb oktober
Aku di Langkawi.
Soping?

Jauh sekali.
Aku beli dan aku blah.
Haha.
Beli pe yang patut je.

Tapi aku gumbira disana.
Menghabiskan masa dengan kawan-kawan diploma aku dulu.


Kan? yang lompat tinggi tu aku la.
Haha.
Gembire je kan?
:minimo_05:

Walaupun isi dalam poket hampir relai.
Tapi hati aku senang.
Itu yang pasti.


18 Oktober hingga 20 Oktober.
Aku berada di Kelantan pula.
Haa kan meriah tu kehidupan aku dalam minggu itu.
Haha.

Kali ini menemani bondaku berkursus disana.
Dengan seisi keluarga.

Isi kali ni bukan saja relai malah habuk pun mula berterbangan kalau ditiup.


Kenapa aku tepek gambar ini.
Kerana manusia didalam gambar itu yakni Ted, satu-satunya bukti yang aku berada di Kelantan.

Hahaha.

Ted, kawan baik aku dari sekolah menengah lagi.
Hampir 1o tahun kami berkawan.
:minimo_19:


Ok.
Usai sudah semua cerita.


Berbalik pada akarnya.
Aku masih lagi mempunyai masalah yang sama.

:minimo_06:


Tatkala mahu memulakan kehidupan yang baru ditempat yang lain.
Kalaulah kalian paham, masalah yang ditanggung.
Pastinya itu akan menjadi kes yang normal.

Dan.
Aku menghakimi bahawasanya;

Perjalanan ini memang harus ditempuh dengan tenang.
Doakan hati ini senang-senang saja.

Aku pasti merindui setiap detik memori kita disitu.
Gelak tawa bersama.
Saket hati dan membenci.

Haha.

Kalian mewarnai hidup aku.
:minimo_03:

Terima Kasih kawan-kawan!

:minimo_30:

Bisikkecil: aku sayang kamu semua!

:minimo_19:


Oct 6, 2009

Ah tidakkkkk!


Naaaaaaaaahhh.

Betul aku tak suke Aril AF7 tu.
Skuter pink punnn.
:girl_12:

[ups sori para peminat Aril]
:girl_16:

Tapi kali ini aku sudah terjatuh hati dengan Aril.
Ter bermaksud tiada ketersengajaan.
Atau diluar erti kata laen, luar kawalan.

Eh tak tak tak.

Terjatuh hati dengan lagu baru dia je puuunnn.

Nak tido pun boleh lagi nyanyi-nyanyi.
Hikhikhik.

Masa kat opis, kat dapo umah, tengah sikat rambut.
[dalam jamban bilik air punnn.]
:puteh_19:





Tiba-tiba je keliru. Kenapa hati kecil dan besar ini mengakui Aril ni kiut. Oh tidak!

Tapi memang hujung video ni dia nampak kiut pon.
eh, tiddddddddakkkk!
[gegege]

Kalau terjumpa Aril pastu dia kenyit mata kat aku, agak-agak aiskrim aku cair tak?
Ahhhhh tidaaaaaakkkk!!!
:puteh_8:

TidDDdAaaAAkkKKkkkKKkkk!



bisikkecil: Jehan Miskin pun aku dah rasa kacak sekarang ni. Awan Dania la ni. Haihh. Ahhh tidaaakkk!

Oct 1, 2009

Redah dan redha.



Haa tu dia.
Kalau Dia nak bagi kita saket, bila-bila masa je kan?

Aku namakan bulan 9 ni bulan saket aku.
Saket duit.
Saket hati.
Saket kaki.
Terbaru saket yang berkaitan dengan gambar diatas.

Dugaan.
Disebalik dugaan punya hikmahnya.
Punya kelebihan yang tersendiri.
:minimo_09:


Aku dah nampak salah satu daripadanya.
:minimo_05:

Buat masa ini, ianya aku copkan sebagai hikmah yang baik.

Atas nama rasa syukur.
Alhamdulillah.

Aku redah, redha dan tawakal.
:mRambut:


bisikkecil: ada unsur islamik ke entri kali ni? ahak

Sep 28, 2009

Lebih kurang.


Dulu punya al kisah.
Bertempat di hujung majlis kenduri kahwin.
3 orang sepupu, berumur sekitar 6tahun hingga 10tahun

Nini: Eh jom tengok penantin tu!

Wawa: Oi...Perantin la. Penantin plak??[muka konfiden tu, tak boleh blah siot.]

Joji: Dua-dua salah la! Pengantin. Pelat betol! Haih.


Tahun 2009.
Dalam kereta, beraya ke sri menanti Muar.
2 orang yang serupe, seorang watak baru.

Momo: Kang kita nak pegi mana wawa? Sri Melati ek?

Wawa: Tak lah. Sri Meranti la. [muka masih konfiden lagi.]

Joji: Hmff, Kau ni sama je cam dulu. Sri Menanti la. Hadoii!
[Terimbas kisah lalu, lalu gelak]

:puteh_22:

Bisikkecil: si wawa masih dijadikan bahan sehingga ke hari ini. miahaha! watak bukan nama sebenar ye,harap maklum!

Sep 27, 2009

Malang memang tidak berbau..





Kaki aku terperosok ke dalam lobang salur air tersebut!

Sampai keting kaki aku tuuu.

Bengkak siot.
Dem.




Sep 15, 2009

Dengan Harapan!



Dengan harapan.
Minggu ini akan membawa perkhabaran yang enak.
Untuk poket ku yang semakin kegelisahan.
Untuk hatiku yang kian rabak.
Melihat mereka berhati girang menjulang wang.

Miahaha!


Duit duit dimana kau duit!
:puteh_26:

bisikkecil: gambar itu adalah hiasan duniawi semata-mata. [lol]



Sep 12, 2009

Punah.



:girl_3:

Mau soping.
Tapi jumlah duit kian merundum dengan jayanya.
Aku mengalami masalah ekonomoney!

:girl_1:

Waaaaaaaaaaaaa!

Encik CEO tiada rasa simpati kepada kami kah?
:puteh_25:

Bisikkecil: Harapan berkecai?haih.

Sep 11, 2009

Terima Kasih!


:minimo_42:
Dapat tak apa yang nak aku sampaikan??

Terkejut aku.
Terharu.
:minimo_12:

Ratusan terima kasih.
Walau hal ini tidak seberapa bagi kamu.

:minimo_30:

Bisikbesar: JANGAN JEMU INTAI KISAH AKU LAGI.