Dec 24, 2009

tiba-tiba-aku-tak-tau-isi-entri.


Sungguh.


Dari tadi aku belek blog aku.

Singgah ke mana isi entri aku kali ini.

Serebrum aku kurang berfungsi mungkin?

. . .

Bisikkecil: lembab sebab studi yang bukan-bukan ke? [hahaha!]



Dec 16, 2009

Ngilu! auw auw auw!


Aku tengah keliru ni.
Betul ke semalam aku terkena sedikit panahan arjuna petir?

Ceritanya berkisar begini:
Semalam. Setelah pulang dalam keadaan berbunga-bunga kerana err. [ok abaikan part yang itu!]
Muahaha.

Hujan melanda. Ribut tidak. Sedang sang neo melepaskan penatnya sebentar di lampu isyarat, tiba-tiba terang seketika didepan ku. zasSSsss![begitukah kesan bunyi kilat] Uhuuu mataku pantas terpejam. Kemudian, dari arah belakang. Bunyinya tidak sekuat tadi. Tetapi kesan dari kejadian itu, paras bawah neoku mula bergetar. Terus ditempat duduk ku, langsung ke tulang belakangku. Ah seperti merasai urutan di kerusi Gintell.

[ini adalah kerusi Gintell. :P]

Tika itu hanya keanehan kurasakan.

Ngilu terasa sesudah tiba dirumah. Sakit dibahagian belakang.

Dan kini aku di ofis. Masih menahan rasa ngilu dan sedikit sakit daripada kesan semalam.

Jadinya, adakah aku salah seorang dari mangsa kejadian? Sila berikan respon kalian dikotak komen dibawah.
uUUuuu.

Ah, masih lagi berfikir!


Bisikkecil: Ngilu lululu!


Dec 14, 2009

Entri yang asyik tertunda. oh!

Hai.

Sori aku update entri pagi-pagi 'butet' di opis.
[dituju kepada insan yang prihatin terhadap tahap kebizian dan keFREEan aku. ]
~~> adeh. posting terpaksa ditunda kerana bizi dengan hal laen<~~
Lama sudah blog ini tidak aku tatap.
Sori blog ku sayang.
Banyak yang hendak aku selitkan disini.
Tapi serabut dikepala, bikin gusar mana satu mahu ku luahkan.
Hmm.
Aku mulakan dengan point muvi dulu.
Isi ini suda basi. Biarla kan. Blog aku. Haha.
Aku dapat tonton 2 muvi je sebenarnye.
1. 2012
2. Ninja Assassin.

Kedua-duanya memang bikin jantung ku sakit. :P

Sekarang ni aku teruja untuk menonton muvi Santau.
Tapi hati ini tidak punya kekuatan yang tinggi.
Jadinya, bagaimana?

Haihhh.
Oke. Isi kedua.
Aku semakin hanyut dengan dunia baruku.
Minggu lepas, sepenuh siangku disaluti dengan 'trening' CompTia.
Ilmu bertambah.
Dengan 'trainer' yang pandai menarik perhatian kami.
Salah satu isi ilmu yang aku mahu kongsikan bersama.
.FARADAY CAGE WALLET.

Aku tak seberapa endah sebelum ini.
Sebenarnya hal ini wajib diambil tahu.
Data-data didalam cip yang dinamakan sebagai RFID boleh 'disedut' dengan menggunakan 'right equipment'. Nama untuk equipment itu tidak aku tahu.
Kemudian nanti aku update semula oke.
Cip berkaitan terdapat pada passport, kad ATM ,
kad credit dan kad state-issued ID kalian.
Dengan menggunapakai
FARADAY CAGE WALLET yang dibeli mahupun dibikin sendiri, sedikit sebanyak aku rasa memang dapat membantu.
Hehehe.

Makanya, berhati-hati dengan orang sekeliling kalian.
:P

Aku tampalkan link berkenaan oke?Harap dapat membantu kalian oke.

http://howto.wired.com/wiki/Make_a_Faraday_Cage_Wallet#How_To_Proceed


Uh oke done.

Isi ketiga.
Muahaha.
Aku sudah beli speedlight dan lens 50mm.
Punya rezeki sesudah berhadapan dengan beberapa kekalutan sebulan yang lepas.
ALHAMDULILLAH.
Buat Suria, kawan opis ku dulu.
[sampai bila-bila pon kau tetap kawan aku oke? :P]
Terima Kaseh temankan aku.
Hehehe.

Isi keempat.
Aku simpati dengan dugaan yang dihadapi oleh adik kawan aku.
Berhadapan dengan gangguan. Hal mistik.
Moga kalian sekeluarga tabah.
Dan harapan setinggi langit agar segalanya tamat dengan secepat mungkin!
Aminnn.



Apa sahaja dugaan yang dihadapkan pasti punya hikmah dan sebab.
Hadapi dengan tenang ye kawan-kawan.



Bisikkecil: Aku sedang saket kepala. T_T

Dec 3, 2009

Berjalan terus.



Hai kawan-kawan.
[uhh tetiba je ingat yus raja lawak. haha]

Jarang sudah kan aku tulis entri baru. Tapi si busuk rupanya masih ada di sekitarku. Menyindir aktiviti harian yang kian jarang aku lakukan.
Tanpa sedar dia menepuk talam sendiri.
:mHurm:
Ah abaikan. Dia 'saket' mungkin. [kesian. moga cepat sembuh ya?]

Aku mulai terasa bagai roda hidup ku mula berfungsi dengan betul.
Kitaran tidur pun makin baik.
Gelagat kawan-kawan di opis baru,
Alhamdulillah.
Aku masih dalam proses penerimaan.
Dan moga mereka juga redha menerima aku.
:minimo_05:
HaHahHAha.

Ok. Kalih topik.
Pengalaman baru aku.
Join workshop dan conference.
FIRST event.
3 hari menempek kat Royale Chulan.
Gali dan kongsi ilmu baru.
:minimo_40:
Makan? Sangat meriah.

:minimo_41:

Meriah bukan?

Psttt Nisa, tak perlu la diet!
[Miahaha]

Hm.
Minggu hadapan aku masih punya trening lagi.
Tambah lagi ilmu.
Alhamdulillah.


:minimo_39:

Oh.
Lupa. Pada yang selalu menjalankan kajian aku ni selalu online atau tidak, mengira kekerapan update status di mukabuku aku. Kesimpulan dari analisis tu kadang-kadang tidak melihat tabiat diri sendiri. Payah tu.
:mKanta:
Terima Kasih la ye.
Kurang kerja ke kawan?
Ke kurang ajar?
Oh. Terlebih sudah.


Oke la.
Adios!

Bisikkecil: Jaga diri kalian!!

Nov 23, 2009

Manusia perlukan emosi yang bukan terlampau.



Perlu beralah untuk singkirkan rasa marah.
Meski pun bukan kita yang bersalah.
Dan bersuara hanya akan menambah getar masalah.



:minimo_14:

Nov 21, 2009

Ok. aku update!


Hai.

Lama sunggoh tak mengadap blog ku ini.
Kesepian betul dikau ni!
:minimo_32:
Isk isk isk.



Ok. Aku sihat.
Tapi rambot aku maken gugur.
[Ade kaitan kan?haha]
Keje baru pon agak ok.
Takat ini lah.
Rumusan lebih berkaitan keje baru tidak boleh diberi secepat ini,oke kalian?

:mKening:

Minggu depan masuk minggu ke-4 aku mulai bekerja.
Aku masih dalam peringkat fasa satu.
Mengenali dan menganalisis mengenai persekitaran aku.
:mSelam:
Cuma aku berasa janggal dengan perubahan kitaran hidup aku kini.

Aku dapat merasai melalui kesesakan jalanraya! [Ala kejapan saja. Bukan satu masalah besar.]
Aku dapat melalui rasa mencari paking dan menapak jauh serta meredah hujan tika pulang! [paking dibayar sebanyak RM4 dan ini boleh di"claim"]
Aku memang akan lalu tol yang sama sebanyak 2 kali setiap pagiku! tapi jumlah sebenar adalah 3 tol [Buat sementara waktu mungkin. Pasti punya cara lain, cuma aku belum habis selidik.]
Dari 2 hari bekerja kini bertukar 5 ari bekerja. [Tapi sabtu dan ahad konpem cuti. wahaha!]
Roda hidup ku mulai berubah!
:minimo_02:

Dan gaji aku dari 'company' lama aku masih dalam proses.
Proses la kau HR sehingga otak kau jadi lumat dan berlumut.
:mHurm:

Berita edisi Tahi:
Proses yang terbaru diserahkan pulak pada bahagian 'payrol', selepas cik A**i mempassingkan kepada pihak Finance dan kemudian kembali kepada beliau semula. Usai dari melempias tenaga dengan mencampakkan alasan pelbagai rupa bentuk kepada penerima gaji [yakni aku selaku penjaga GOL.muahaha.] dan bola cek itu masih enggan dilepaskan oleh pihak lawan. Maka aku rasa lebih baik aku 'melepaskan' posisi aku dalam permainan morfeus Faker
scanning ini. Tumpuan terpaksa ku kalih.
Dalam erti kata lain: Gaji aku masih dipegang oleh opis lama!
Haih! Carik pasal ye dengan aku :mBom:

Rezeki ku dari segi lain kini muncul.
:mRambut:

Sinar putih termalu-malu memaniskan wajah.
Ahak.

Ah.
Aku mahu selalu sebegini bahagia!
:minimo_27:

Bisikkecil: Aku tak pedulikan ko setan kecil!


Nov 12, 2009

This is it!





Oke tak?
:minimo_02:

Akhirnya dapat tonton muvi ni.


Rindu mau lihat MJ menari, bikin persembahan.
Semangatnya sunggoh superb.
:minimo_03:

Dan insan sepertinya payah untuk dicari ganti.
Biar putus cuba dicantum kembali,
biar patah cuba bertongkat kuku,
biar hilang cuba dijelma bayangnya.
:minimo_12:

Bisikkecil: Semoga tenang disana, MJ.
:minimo_30:

Nov 11, 2009

Jiwa terkacau.



Hai.
Aku disini.
Kau ada disana?
Oh merepek suda.
:D

Aku online sebab keje takde lagi. Makanya, penyibuk biru jangan risau kalau aku masih disini.
Jaga hal sendiri dan coba hormati orang yang lebih senior dari kau.

Aku emo?
Bukan, tapi aku terasa.
Aku juga terusik bila kawan aku diusik.
Aku akan pantas marah bila kawanku disindir.
Mari aku hadiahkan cermin besar lagi indah buat diri kau.
KAU MAHU TAK??

Apa jua perbuatan jahat kurang baik yang kau lakukan,
pasti ada balasannya.
Menanti dalam cepat dan lambat.

Dan untuk lelaki 'pink',
Hati yang kau perkotak katikkan,
jiwa yang telah cuba kau sentuh,
Ilham madah dari tanaman tebu kau itu,
kau akan nampak hasilnya.
Bukan dari aku,
tapi dari takdir kau sendiri.
Jangan cuba berpaling,
kerana aku tak akan mengerling walau sedikit pon!


Bisikkecil: Alhamdulillah.

Nov 8, 2009

Selamat Hari Ahad.

Hai. Hari ini aku cuti.
Semalam pon.
:mJahat:

Aku dah keje normal hour. Harap maklum.
:minimo_16:

Ok. Pasal keje baru?
Aku rasa aku memang kosong kot pasal mende baru ni.
Kak Sal kata: "Bila mula sesuatu yang baru, kita memang akan jadi kosong."
[tenkiu kak sal :)]

Jadi kesabaran kena tingkatkan lagi la ye tak?
Emosi pon kena handle baek punya.

---------------------------------------------------------------------

Masalah dengan HR company lama.
Semalam aku dah naik kan sore.
hah.
Maaflah kalo terbiadap.
Salah sendiri tapi senang-senang campak gitu je kat aku.
Cis.

Gaji aku.
Masih dalam 'tangan' dorang.
Ingat aku ni ulat ke?
Boleh hidup dalam batu, makan daun-daun?
:minimo_24:
---------------------------------------------------------------------

Aku tengah mengadap cite Impian ni.


Heroin: Amy Mastura.
Hero: Azhar Sulaiman.

Hah yelah 'akak' aku tu.
Muahaha.

Sempoi je cerita ni. kan?
[aku tanya pada yang dah tonton saja oke. :P]

"Senyum sikit?"
Hehe.
Pastu 'Yasmin' sokmo bikin muka kiut.
Haih sempoi la hang kak Amy!

:minimo_30:
Dulu selalu berangan nak stay kat cameron.
Haha.

Pstt, Suria nati kita carik umah ni oke?
:minimo_02:


Luv u Kak Amy! :minimo_19:


Nov 6, 2009

Selamat jalan, aku.






Iye. Sudah bertukar!!

Kalian yang meraikan kebebasan aku dari S**n,
kalungan terima kasih.

Makan dan terus makan.
Karok dan terus karok.
Muahaha.

Suria, Noni, Kak su, Emmy, AmyQ, Joe, Bad dan Adnan.

Aku enjoice malam tu.
^^

Kenangan bersama kalian tetap berada jelas di kotak memori ku.


Jangan putus persahabatan ini.


Jangan 'potong' oke??
Muahaha!

Dan status ku kini setelah 4 hari berubah angin.

Aku masih kabur.
Langkah aku masih belum laju.

Doakan aku sentiasa kuat oke?
Banyak yang perlu diselongkar.

:|


Jumpa lagi kawan.



Bisikkecil: R I N D U. Haih!

Oct 31, 2009

Korang, Terima Kasih!





Terima Kasih korang.
:minimo_43:


2 kali kejutan. Tapi kali kedua tu memang bikin aku terkejut besaRrrRR!
Haha.

Harus. Sebabnya Suria dan Fitri je yang tau.
2 Tahun aku disitu. Belajar bagaimana teknik mengklik tetikus dengan jaya dan tampak kacak.
Belajar tentang menganalisis.
Dari zero to herot.

:minimo_02:

Dan disitu juga, kajian terhadap nilai-nilai kemanusiaan dapat dijalankan gagah sekali!
Aku fikir pengajianku tidak akan habis disini.
:mStudy:

Terima Kasih pada watak-watak utama dan sampingan yang banyak menolong aku.

Para superhero dan superheroin teruskan perjuangan kalian.
Tiada erti rugi bila selalu berdepan dengan dugaan.
:minimo_01:


Halalkan segala kekurangan dan kesilapan.
:mHihi:


Persahabatan kita tidak akan berakhir disini.
:minimo_32:

Oke?


Doakan aku lebih tabah.

Kerna,

Aku mulai zero kembali.

:mTorchlight:


bisikkecil: kita akan selalu jumpa di sini. :minimo_13:



Oct 30, 2009

Serius. [malas]



Serius shit.

Malas bebenor dah ni.



bisikkecil: kepada budak grup aku yang selalu 'sound' belakang. kau sajala pekerja cemerlang. nanti mohon pangkat ' dato' la kat bos. muahaha





Oct 23, 2009

Aku kata.


Orang dulu-dulu kata;

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Tapi aku ni kadang-kadang malas nak pikir pasal kesusahan yang bakal muncul.
Maknanya disini,

Aku redah je.
:minimo_02:

Bukan bermaksud aku tak renung masalah dalam jangka masa panjang.
Untuk kesenangan hati aku dalam jangka masa pendek,
sudahnya aku cuba untuk memikat rasa gumbira.

11 oktober hingga 13hb oktober
Aku di Langkawi.
Soping?

Jauh sekali.
Aku beli dan aku blah.
Haha.
Beli pe yang patut je.

Tapi aku gumbira disana.
Menghabiskan masa dengan kawan-kawan diploma aku dulu.


Kan? yang lompat tinggi tu aku la.
Haha.
Gembire je kan?
:minimo_05:

Walaupun isi dalam poket hampir relai.
Tapi hati aku senang.
Itu yang pasti.


18 Oktober hingga 20 Oktober.
Aku berada di Kelantan pula.
Haa kan meriah tu kehidupan aku dalam minggu itu.
Haha.

Kali ini menemani bondaku berkursus disana.
Dengan seisi keluarga.

Isi kali ni bukan saja relai malah habuk pun mula berterbangan kalau ditiup.


Kenapa aku tepek gambar ini.
Kerana manusia didalam gambar itu yakni Ted, satu-satunya bukti yang aku berada di Kelantan.

Hahaha.

Ted, kawan baik aku dari sekolah menengah lagi.
Hampir 1o tahun kami berkawan.
:minimo_19:


Ok.
Usai sudah semua cerita.


Berbalik pada akarnya.
Aku masih lagi mempunyai masalah yang sama.

:minimo_06:


Tatkala mahu memulakan kehidupan yang baru ditempat yang lain.
Kalaulah kalian paham, masalah yang ditanggung.
Pastinya itu akan menjadi kes yang normal.

Dan.
Aku menghakimi bahawasanya;

Perjalanan ini memang harus ditempuh dengan tenang.
Doakan hati ini senang-senang saja.

Aku pasti merindui setiap detik memori kita disitu.
Gelak tawa bersama.
Saket hati dan membenci.

Haha.

Kalian mewarnai hidup aku.
:minimo_03:

Terima Kasih kawan-kawan!

:minimo_30:

Bisikkecil: aku sayang kamu semua!

:minimo_19: