Dec 25, 2008

Malam yang kelat.


"Hmm nak bubuh nama yang mane kat kad neh eh awk?" Tanya pemuda itu bersahaja. "Mia Delyna jela." Jawabnya tanpa berfikir panjang. Dan kad kahwin kini beralih tangan. Dari tangan pemuda ke tangan gadis yang manis itu. Hanya senyuman kelat yang mampu dilemparkan. Gadis itu masih lagi cuba untuk senyum walau dihatinya sudah cukup terhiris. (Ouchh!) . Malam itu bagaikan hari yang panjang bagi Mia. Matanya kian berkaca. Entah kan si pemuda perasan perubahan riak wajah gadis itu. Mia mula galak bertanyakan tentang perkahwinan Imran. Berpura-pura tumpang bahagia sedangkan dihatinya bergelodak rasa.

Mia menarik nafas yang panjang kali ini.Kemudian dia lepaskan, deras.
"Apa warna baju pengantin nanti Im?"
Soalan '
standard'.
Imran tersenyum. Bagaikan sudah dapat meneka pertanyaan dari mulut gadis di depannya.
"Belah saya islamik sikit wak, warna rumput. Hijau. Belah perempuan pula warna
gold."
Mia hanya menganggukkan kepalanya. Senyum lagi.
Puas dia mengajukan soalan. Si dia menjawab dengan penuh ketenangan. (
shit!)
Bagaimana lagi harus aku bertahan. Ku pohon hati tabahlah disitu, jangan sesekali rebah. Mia memujuk hatinya. Sesekali pandangannya dialihkan ke ruang yang lebih selesa. Langit yang luas. Indahnya ciptaan Mu. Bulan dan bintang yang menghiasi bagaikan memberi dia kekuatan. Keindahan yang dilihatnya mengingatkan dia dengan kebesaran Allah.
Mia harus akur dengan ketentuanNya.

"Awak nak tak jambu tu?" Imran bersuara. Memecah suasana. Budak lelaki disebelah Imran memerhatikan Mia sambil memegang buah jambu yang dijualnya.
Gadis itu menggelengkan kepala. Hilang sudah selera. Mia sudah tidak ketahuan apa-apa lagi.
Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

"Awak, jomlah. Hantar saya di ofis ye, dah nak waktu pulang ni Im."
Pinta gadis itu. Rasa dijiwanya sudah tidak perlu ditahan lagi.
Imran lekas menghabiskan buah jambu yang dibelinya tadi. Kemudian bingkas bangun dan menuju ke arah kereta Imran yang berada tidak jauh dari mereka tadi.

Mia sengaja menunaikan permintaan Imran untuk berjumpa dengannya malam ini. Kebetulan dia masih lagi di pejabat. Baginya, semuanya harus ditamatkan dengan secepat mungkin. Namun, pemuda itu lagi pantas mengatur perjalanan kisah mereka.

"Malam ni kiranya last la ek kita jumpa
single-single kan awk?" Mia saja bikin ketawa.
"Ala, lepas ni nak jumpa waktu
lunch pun boleh" Imran menyahut.
Ahhh. Cari pasal apa mangkuk ni. Hati Mia langsung menyindir. Dia melangkah keluar. Melambai. Dan jalan terus menuju ke pejabatnya.

Langkah yang gagah tadi kian longlai. Sedih mula terasa bila dia seorang diri. Kini gadis itu makin pilu. Airmata yang beku tadi jelas mencair. Mia menangis semahu-mahunya!


12 comments:

Ms. Aida Yusof said...

~ menangis bukan tande mia itu lemah. walau IMRAN bukan utk MIA.. tp PASTI akn ada bahagia utk MIA.. itu hanya ujian dariNya... pasti besar ganjaran utk MIA yg penuh kesabaran menempuhi segala onak ranjau berduri...


p/s : peh, since when ayt sy betuka jd gini.. heheh =p~

whohaseverything said...

hahaahaha.
aida2.
pantas gitu memberi komen.
i likeeeee...
:d

:: azrul hazri jantan :: said...

perghh..menulis novel la pulak?..hehe..kesian kat Mia,cakap kat dia,kumbang bukan sekor..hati mau kena kuat,sentiasa berpikiran +ve :) walaupun mamat imran ada pilihan hati yg lain,insya allah Mia pun akan ketemu pilihan hati lain,yg lebih baik dari mamat imran..yg akan buat Mia tersenyum + tersengeh sokmo ;)

whohaseverything said...

:: azrul hazri jantan ::
incik punye komen pon suda wat sy sengih byk.
^_^

Ms. Aida Yusof said...

~ malam yg kelat...pasti akn manis..hanye bersabar...tunggu waktu ituh...lalalala (nyanyi ikot lagu hujan) =p~

Anonymous said...

hm...best2..bile nk sambung lagi?cepat sket...hahahaha....pasni buat citer lawak bleh?hahahhaa

nonny said...

wah touching la cite nie..menusuk kalbu....huhu..mau nangis rsnya.....
Teruskan menulis.....i like it:-)
* Ada kena mengena dgn kamu kah?....jika ada....i wish u don't give up....Chayoq2!!!...

whohaseverything said...

Anonymous: yakni aqilah. haha.

nonny: hehehe. nanti usahe lagi. tlg pikirkan name pena kak u yer noni?ke nak teruskan "teruna malam" tuh??
ahahhaha. chaiyok2!!

ch0ch01ic said...

sori ye kak yu atas komen di YM itu!
sambung la lg.menarik utk dibaca :D

mule2 igt kak u plagiat dr mane

whohaseverything said...

ch0ch01ic: kalo plagiat dh tentu kak u sertakan sekali urlnye.hehe.

aaa said...

mgkn imran tu xperasan ati mia cbb mia xpenah menunjukkn perasaannye sblm ni....wakaka

acik ayu said...

aaa : positif nye dgn watak si imran. akaka. kamu seperti imran ke?