Dec 8, 2008

Al Fatihah.


Hari ni aku gatal melayan lagu2 New Boyz. Mula2 senyum bile dengar lagu2 mereka. Kemudian, rasa sebak. Inas. Aku teringat dia. Yup, arwah Inas. Dah lama rupanye arwah tiada. Dia sangat suka pada kumpulan New Boyz. Aku tekan lagi. Sangat2 suka! Kamu Inas, mengingati dengan baek apa saja tentang mereka. Hm. Sebak lagi. Maaf, aku tak ingat bila pemergian kamu Inas. Dan aku tak suka menyimpan dalam memori tentang tarikh2 pemergian.

Tapi hari2 yang pernah kita lalui akan membuatkan aku sedih, Inas.
Aku melihat
kau ketawa dan aku juga melihat Kau derita. Walaupun aku tak sepenuhnya selalu dengan kau . Aku juga sering mendengar rintihan bondamu. Apa yang mampu aku katakan hanya, Sabar.

Inas, aku pernah rasa cemburu. Tapi itu masa 'kanak2 Ribena' dulu! Sebab yang agak sewel. Kau mulai rapat dengan senior dalam dorm waktu itu. Hahaha. (Akak aku kan?). Tapi kalau kau masih ada, aku akan kata. "Akak aku, akak kau juga" ^_^

Inas, Aku ingat lagi masa kau botak. Ahaks. Rambut kau kian gugur lepas jalani kimoterapi. (Dan aku tau kau sangat membenci rawatan itu) Disebabkan itu, aku selalu mengatakan yang kau suda stylo! Sungguh! Dengan spek mata kau. Sangat sepadan. Langsung membuatkan kau tertawa.

Inas, kau takkan pernah tau. Setiap kali aku dan mereka datang menjengukmu, hatiku sangat puas bila melihat kau ketawa. Dan langkahku makin berat tika mendengar kau memesan supaya datang kembali bila setiap kali kami menuju ke luar pintu.

Inas, moga kau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aku tak mampu meneruskan tulisan ini lagi.
T_T!





4 comments:

Ms. Aida Yusof said...

~ al-Fatihah utk kwn kak u tuh... p/s: sy juge pernah meminati new boyz..ahax~

whohaseverything said...

har3.

klaka kan?tp dorg cumil2 la.
kalo dak2 lelaki dgr mesti dorg gelak.
tp sbnrnye same la cm kite gelakkan dorg bile minat fasha sandha yg sore itik tuh.

:))

ch0ch01ic said...

ish2..ade ke sore itik.
sedih je bace n3 nih.ajal kite tah bile pulak.
al-Fatihah...

whohaseverything said...

eh.
ahaks.

hmm.
ajal kite x sape yg tau.
tibe2 je tingat kat arwah arituh.
tgh 'tulis' pon airmate dh bgenang.

eh guess wut.

ms tuh kak u kat sblh ummi.
haha.
ummi tgh lena.
hua3.