Dec 27, 2008

Buang Angin di Melaka?

Sedikit masa untuk mengimbas kembali detik membuang angin busan di sekitar Negeri Melaka yang sudah melilit dibenak ku akibat dari selalu duduk di atas kerusi ofis yang kian lapuk. Bersama keluarga membingitkan lagi Condo D'Savoy yang hembusan anginnya melangkaui hotel-hotel di tepi pantai. (senget benget tudung aku!). Selama 3 hari 2 malam aku tinggalkan negeriku sendiri, ahhh bukannya terasa luaknya. Dan mari teruskan saja lihat antara kenangan yang aku rakamkan ini.


Tidur di bilik ini.


Kegembiraan yang dilakonkan semula ketika ini.



Dan lagak yang ala ala latuk.


Pokok Melaka.


Puas?
Cukup lah.
Nanti aku postkan saja di fotopagesku.
ahaks!





Dec 25, 2008

Malam yang kelat.


"Hmm nak bubuh nama yang mane kat kad neh eh awk?" Tanya pemuda itu bersahaja. "Mia Delyna jela." Jawabnya tanpa berfikir panjang. Dan kad kahwin kini beralih tangan. Dari tangan pemuda ke tangan gadis yang manis itu. Hanya senyuman kelat yang mampu dilemparkan. Gadis itu masih lagi cuba untuk senyum walau dihatinya sudah cukup terhiris. (Ouchh!) . Malam itu bagaikan hari yang panjang bagi Mia. Matanya kian berkaca. Entah kan si pemuda perasan perubahan riak wajah gadis itu. Mia mula galak bertanyakan tentang perkahwinan Imran. Berpura-pura tumpang bahagia sedangkan dihatinya bergelodak rasa.

Mia menarik nafas yang panjang kali ini.Kemudian dia lepaskan, deras.
"Apa warna baju pengantin nanti Im?"
Soalan '
standard'.
Imran tersenyum. Bagaikan sudah dapat meneka pertanyaan dari mulut gadis di depannya.
"Belah saya islamik sikit wak, warna rumput. Hijau. Belah perempuan pula warna
gold."
Mia hanya menganggukkan kepalanya. Senyum lagi.
Puas dia mengajukan soalan. Si dia menjawab dengan penuh ketenangan. (
shit!)
Bagaimana lagi harus aku bertahan. Ku pohon hati tabahlah disitu, jangan sesekali rebah. Mia memujuk hatinya. Sesekali pandangannya dialihkan ke ruang yang lebih selesa. Langit yang luas. Indahnya ciptaan Mu. Bulan dan bintang yang menghiasi bagaikan memberi dia kekuatan. Keindahan yang dilihatnya mengingatkan dia dengan kebesaran Allah.
Mia harus akur dengan ketentuanNya.

"Awak nak tak jambu tu?" Imran bersuara. Memecah suasana. Budak lelaki disebelah Imran memerhatikan Mia sambil memegang buah jambu yang dijualnya.
Gadis itu menggelengkan kepala. Hilang sudah selera. Mia sudah tidak ketahuan apa-apa lagi.
Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

"Awak, jomlah. Hantar saya di ofis ye, dah nak waktu pulang ni Im."
Pinta gadis itu. Rasa dijiwanya sudah tidak perlu ditahan lagi.
Imran lekas menghabiskan buah jambu yang dibelinya tadi. Kemudian bingkas bangun dan menuju ke arah kereta Imran yang berada tidak jauh dari mereka tadi.

Mia sengaja menunaikan permintaan Imran untuk berjumpa dengannya malam ini. Kebetulan dia masih lagi di pejabat. Baginya, semuanya harus ditamatkan dengan secepat mungkin. Namun, pemuda itu lagi pantas mengatur perjalanan kisah mereka.

"Malam ni kiranya last la ek kita jumpa
single-single kan awk?" Mia saja bikin ketawa.
"Ala, lepas ni nak jumpa waktu
lunch pun boleh" Imran menyahut.
Ahhh. Cari pasal apa mangkuk ni. Hati Mia langsung menyindir. Dia melangkah keluar. Melambai. Dan jalan terus menuju ke pejabatnya.

Langkah yang gagah tadi kian longlai. Sedih mula terasa bila dia seorang diri. Kini gadis itu makin pilu. Airmata yang beku tadi jelas mencair. Mia menangis semahu-mahunya!


Dec 17, 2008

Hidup Mesti Terus!

Layan betul lagu page aku ni. Ahaks! Waktu untuk bersantai bersama family suda makin hampir. Tapi mahu ke mana ku bawa kaki ini. Bawa ke mana saja ku pergi. Haa kan ternyanyi suda. Hahaha.

Apa lagi yang mahu ku katakan. Tentang impian? Cita-cita? Bukan ini jalan ku. Tapi hari- hari yang ku lalui ku tempuh nya saja. Lalang ke? Tak la. Aku suka musik. Aku suka seni. Kini, semua takat hobi dan habitat saja. Haha. Mak aku kata, musik tak kemana. Hati aku tetap kata tidak.
Aku teruskan hobi ku biarpun aku tiada sandaran. Belajar musik semuanya sendiri. Hasilnya tak semegah mana pun. Namun, aku tetap bahagia. Gitar itu sudah lama menjadi milik ku. Nanti aku upload disini. Kedua-duanya biasa saja. :)

Lukisan ku makin keras. Aku langsung tiada senyuman untuk dihamparkan. Sayang, hobi ku itu aku biarkan saja. Kesalnya aku. Aku terlalu leka!

Melayang-layang hidup ku kini. Tapi itu bukan tiada haluan. Meski pun kekecewaan :)

Namun,
Sekurang-kurangnya, aku harus berbangga dengan apa yang aku
miliki. Hasil dari usaha sendiri.

Dan segala dugaan yang telah ku lalui, aku pasti mempunyai alasan.
Hikmah itu masih tersembunyi.

Mereka yang hilang akan dikembalikan penggantinya.

Hidup Mesti Terus!











Dec 14, 2008

Mataku belum mengantuk lagi.


~~Tiade keinginan untuk melepaskan semua rasa.
Dan datang melodi meriuhkan jiwa...
~~


Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan








Dec 8, 2008

Sendiri.


Bagaimana kan ku terima
Sedang cinta ku hangat membara
Kau titiskan airmata
Bukan mudah ku menghindar
Sebuah cinta sekian lama
Menjanjikan kesetiaan
Tiada ku berpaling
Selain ku hanya menyintai dirimu
Kerana di hati ini
Hanya kau bertakhta
Dapatkah terus untuk ku
Mengharungi liku hidup ini
Tanpa kau menemani
Dan mampukah aku melupakan
Saat-saat indah bersama
Mengapakah kasih kau pula kini berubah
Mengharap kan cinta pada dirinya
Apa relakah terus melihat
Diri ku ini menderita
Kasih
Sendiri jua akhirnya membuai rindu
Dan resah hati ku menjadi sendu
Puas sudah ku memujuknya
Kerna di hatiku menyinta
Merana aku menggenggam sepi ini
Yang semakin terasa bisa ku merana
Apakah salah dan dosa
Hinggakan diri ku tersiksa
Kesetiaan kau korbankan
Tanpa belas kau memutuskan
Di sinilah cinta kita
Akhirnya



Al Fatihah.


Hari ni aku gatal melayan lagu2 New Boyz. Mula2 senyum bile dengar lagu2 mereka. Kemudian, rasa sebak. Inas. Aku teringat dia. Yup, arwah Inas. Dah lama rupanye arwah tiada. Dia sangat suka pada kumpulan New Boyz. Aku tekan lagi. Sangat2 suka! Kamu Inas, mengingati dengan baek apa saja tentang mereka. Hm. Sebak lagi. Maaf, aku tak ingat bila pemergian kamu Inas. Dan aku tak suka menyimpan dalam memori tentang tarikh2 pemergian.

Tapi hari2 yang pernah kita lalui akan membuatkan aku sedih, Inas.
Aku melihat
kau ketawa dan aku juga melihat Kau derita. Walaupun aku tak sepenuhnya selalu dengan kau . Aku juga sering mendengar rintihan bondamu. Apa yang mampu aku katakan hanya, Sabar.

Inas, aku pernah rasa cemburu. Tapi itu masa 'kanak2 Ribena' dulu! Sebab yang agak sewel. Kau mulai rapat dengan senior dalam dorm waktu itu. Hahaha. (Akak aku kan?). Tapi kalau kau masih ada, aku akan kata. "Akak aku, akak kau juga" ^_^

Inas, Aku ingat lagi masa kau botak. Ahaks. Rambut kau kian gugur lepas jalani kimoterapi. (Dan aku tau kau sangat membenci rawatan itu) Disebabkan itu, aku selalu mengatakan yang kau suda stylo! Sungguh! Dengan spek mata kau. Sangat sepadan. Langsung membuatkan kau tertawa.

Inas, kau takkan pernah tau. Setiap kali aku dan mereka datang menjengukmu, hatiku sangat puas bila melihat kau ketawa. Dan langkahku makin berat tika mendengar kau memesan supaya datang kembali bila setiap kali kami menuju ke luar pintu.

Inas, moga kau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aku tak mampu meneruskan tulisan ini lagi.
T_T!





Selamat Hari Raya AidilAdha.

Salam.

Pagi ni aku suda berada di opis. Aish, dengar takbir mula la syahdu. Hua3. Mula terpikir tentang pengorbanan. Cukop ke pengorbanan aku selama neh? Hu3. Tak sesuai kalo untuk di "list" kan. Aku rase pe yang aku kabarkan disini mungkin (start semalam) bile2 masa akan dikontreversikan. (Wah, ayat!) Ha3.

Hm.

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk kawan2 semua. Maaf untuk kekurangan yang aku lakukan.


Dec 5, 2008

Penentang Jalang??

Hahaha. Tak buleh tahan la bile ingat balik cite Antoo fighter tuh. Klaka wehhh. Siyes beb! Mak aku yang ala2 macho tuh pong bule tumpang sengih je mase tengok. Haha. Nak suh die gelak kaw2 lame lagi la kot. (sebab die tak suke pe saje cite yang ade muke awie.Haha!)
"Apa, Penentang Jalang??" Haha, klaka je Pohji wat muke mase tuh. Ape lagi, Atok die pon bagik la seDas due. Ngahaha padehal Penentang Jembalang. :P
Mase bab Pohji dalam usahe memujuk member seangkatan Atok die pon best jugek. Elok je Pohji bersajak. Hahaha tak bule blah laaaa.
Banyak lagi yang bule wat tersimpul-simpul urat kentot korang nanti. Asek gelak je. Hahaha. Tapi jangan la dibanding kan terus dengan muvi omputeh tuh. Memang tak layak pon. Haha. Tak adil tuh nak compare2. Tak dinafikan la ade je bab busan tuh. Tapi bese la kan. Santai dan enjoy the muvi yea?


P/S: Aku jumpe Tomok kat situ. Hahaha.


Dec 3, 2008

Landasan untuk mengumpat.

Wah.
Hehe. Ini tak bermakna aku amat menyokong aktiviti mengumpat.

Tapi sebagai "guide line" tuk mengumpat. Takde la nanti tengah2 mengumpat, tiba2 terpacul. "Alamak, aku suda termengumpat. Masuk neraka la aku. " Pastuh pening2 pikir pasal "dosa" tadi. Haha.
Masuk syurga memang satu impian setiap umat di muka bumi Allah ini. Tapi harus ingat Islam juga tidak terlalu menyusahkan. Apa yang penting: (kerjesameee...:P) Sentiase tahu dan berhati-hati dalam apa saja yang hendak kita perkatakan. Bukan bijak dalam menjatuhkan hukuman saja dekkk. Hihi.


Mengumpat Yang DiBenarkan

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.<

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.



P/S: Ampun pada sesiapa yang terasa. Thanx pada seseorang yang bagi aku idea kali neh. :) Aku hanya insan biasa.