Jul 29, 2009

Buat Noni.



Hai Noni dan kalian.
:girl_9:

Bila baca entry Noni kali ini, aku turut sama sekali terasa.
Bukan kerana aku yang carikkan kepingan hati Noni. Tapi isi didalamnya.
Aku juga pernah terhiris.
Pada aku, tiada yang sempurna. Ya, kalian dan aku.
:girl_8:

Tapi kita sebagai manusia, makhluk tuhan yang selalu alpa.
Kadang-kadang merasakan kita ini manusia yang hebat.
Walaupun ketika itu kelebihan yang ada hanyalah sedikit cuma.
:girl_8:

Noni. Kalian.
Pernah telinga ini panas bila ada yang menegur tentang fizikal aku. Dengan sinis membuat kesimpulan seperti tiada apa yang 'istimewanya' pada aku. Paham bukan? Terus mata ini memerhatikan pada insan-insan 'kudus' itu. Hmm. Oke, langsung terukir senyuman. Mungkin dia berbangga dengan fizikal mereka sendiri.

:girl_10:
*Maka berbanggalah dengan hidung yang kembang, telinga yang capang, mata yang kecik, peha yang lebar, kulit yang bermasalah, kepala besar, berat yang berlebihan!*
-Ampun Ya Tuhan.-
:girl_3:

Kali ini aku benar bersalah. Maaf jika terasa. Mungkin bukan kau. Mungkin juga kau.

Kau perlu sentiasa ingat. Kau juga tidak sempurna!
Kekurangan pada insan yang lain perlu ditutup dengan kata-kata yang lebih baik.
Harus selalu merendah diri. Ingat ianya ciptaan Tuhan.
Jangan dihina.

"
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"

Surah Al hujurat: Ayat [11]


Aku rasa kata-kata nista yang lain perlu aku abaikan. Tak perlu dipanjangkan lagi. Dan aku harus berhenti mengomel untuk entri ini.

Noni dan kalian yang sama 'waktu' dengannya.
Berbahagialah kamu seperti aku walau sering dihinjak.
Tabah oke!
:girl_9:

Bisikkecil: Pohon Ampun!

10 comments:

suri said...

betul2..stuju2...nobody perfects..live ur life..we dont lay on them..we'r on our own feet..

acik ayu said...

suri: sokong juga!

cik intanurulfateha said...

.btul
.nobody is prefect
.sme org ade kekurangan n kelebihan

.hye~
.salam kenal :)

acik ayu said...

cik intanurulfateha : welcum intan. yezza. kekurangan bkn untuk diaibkan. :) salam kenal.

kapalkertas™ said...

eh entry 'terasa' lah hehe. lek la ayu, ngn aku pn terasa ke. selamba udah. aja aku main gitar yu hehe..

acik ayu said...

kapalkertas™ : adesh fit. bkn terasa dgn ko la. :P anep lagi terer maa. haha

Anak Gemilang said...

ziarah kt cni..
nk tya ni..
cmana nk wt n3 yang ada line2 cm cancel yang salah tu yer. hehe

acik ayu said...

Anak Gemilang : hai anak gemilang. mekaseh sbb jenguk blog ni. hmm strike tu? awak tgk kat page ni oke?-->http://www.htmlcodetutorial.com/_STRIKE.html

fadeeya said...

Kak u...
Teme kasih....
Kadang2 sy mudah rs down...
Tp bkn kah dugaan tuhan beri ini mengikut kesesuaian insan itu?
Tp mengapa sy rs dugaan itu lebih berat dr apa yg termampu sy tanggung?
Tp...sy cuba utk memikirkan...bahawa dia menjadikan sy begini ada hikmahnya........ENTAH La.

acik ayu said...

fadeeya: sama2 noni. bila down , kite up kan balik dgn memikirkan yang +ve. dan semua yang berlaku mmg ade hikmahnya.

moga kita semua senang tersenyum nanti!

:D