Jul 29, 2009

Tau tentang H1N1?



H1N1
.

..

...

....

.....

......

........

............


Klik disini:



Buat Noni.



Hai Noni dan kalian.
:girl_9:

Bila baca entry Noni kali ini, aku turut sama sekali terasa.
Bukan kerana aku yang carikkan kepingan hati Noni. Tapi isi didalamnya.
Aku juga pernah terhiris.
Pada aku, tiada yang sempurna. Ya, kalian dan aku.
:girl_8:

Tapi kita sebagai manusia, makhluk tuhan yang selalu alpa.
Kadang-kadang merasakan kita ini manusia yang hebat.
Walaupun ketika itu kelebihan yang ada hanyalah sedikit cuma.
:girl_8:

Noni. Kalian.
Pernah telinga ini panas bila ada yang menegur tentang fizikal aku. Dengan sinis membuat kesimpulan seperti tiada apa yang 'istimewanya' pada aku. Paham bukan? Terus mata ini memerhatikan pada insan-insan 'kudus' itu. Hmm. Oke, langsung terukir senyuman. Mungkin dia berbangga dengan fizikal mereka sendiri.

:girl_10:
*Maka berbanggalah dengan hidung yang kembang, telinga yang capang, mata yang kecik, peha yang lebar, kulit yang bermasalah, kepala besar, berat yang berlebihan!*
-Ampun Ya Tuhan.-
:girl_3:

Kali ini aku benar bersalah. Maaf jika terasa. Mungkin bukan kau. Mungkin juga kau.

Kau perlu sentiasa ingat. Kau juga tidak sempurna!
Kekurangan pada insan yang lain perlu ditutup dengan kata-kata yang lebih baik.
Harus selalu merendah diri. Ingat ianya ciptaan Tuhan.
Jangan dihina.

"
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"

Surah Al hujurat: Ayat [11]


Aku rasa kata-kata nista yang lain perlu aku abaikan. Tak perlu dipanjangkan lagi. Dan aku harus berhenti mengomel untuk entri ini.

Noni dan kalian yang sama 'waktu' dengannya.
Berbahagialah kamu seperti aku walau sering dihinjak.
Tabah oke!
:girl_9:

Bisikkecil: Pohon Ampun!

Jul 26, 2009

Al - Fatihah.




Aku baru saja mendapat tahu tentang berita sedih ini.
:girl_3:

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad. Takziah juga aku kirimkan buat seluruh keluarga allahyarhamah diatas pemergiannya ini, pada pukul 11.25 malam tadi.

Aku selitkan salah satu dari iklan yang pernah diarahkan oleh allahyarhamah. Seharusnya ia sangat menyentuh hati. [terima kasih azamir.]
:girl_3:








Jul 25, 2009

Jangan nakal, sayang.



Alif OIAM - Jangan Nakal

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Chorus
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Ulang Chorus

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Ulang Chorus 3X

Diriku untukmu
Diriku untukmu

BisikKecil: Aku rasa aku suka lagu ini. Hik!

Jul 22, 2009

Manusia Agung.


NABI MUHAMMAD MANUSIA AGUNG



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman

dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederh ana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :-

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia…untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari
luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya
masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah,
ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup
pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai ana kku?”.”Tak tahulah
ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah ana knya itu hendak
dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit
telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan
kepadaku bagaim ana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul
Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga
bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata
Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan
lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali
segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat
aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,
ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya?

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa
cintanya Rasulullah kepada kita.


dikerat dari: http://go4halal.wordpress.com/tazkirah/




Jul 19, 2009

Pernah tak?


Oke. Aku nak ajak kalian gelak sama-sama.
Hahaha.

Lihat gambar dibawah:



Masa ni tonton muvi Ice Age 3 versi 3D.
Haa camni lah gayanya.

Dah macam Ninja Turtle kan?

......
...........
....................

Aku tak dapat tahan gelak lah.

Miahahahaha.
[gelak guling-guling sambil tumbuk lantai]

Akan terus.





Cinta selalu manis. Aku pernah jatuh cinta. Kata-kata ini luahan dari dia. Aku masih sayang dan akan terus.
Moga kau, dan aku bahagia.

Biar masa menentukan segalanya.

Perkara: Benci lelaki?



Hai. Kali ni aku tampal lagi. Suke ke tak suke ni blog aku. Ade aku kesah??Haha.

Relaks beb. Tak mo kecik ati oke? Hehe. Nanti aku membebel lagi. 20 perkara yang membuatkan wanita 'benci' lelaki. Bagi yang belum berkesudahan mendapatkan awek, amek nota ni oke? Moga kamu berjaya!


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

*main kayu 3 yer? boleh aku main kayu 18?*

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

*sekeras mana pun wanita tu, hatinya tetap mau dimanjakan*

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

*cemburu tak buta, tapi kalian yang buta! miahaha*

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

*masalah ni dude. kalian punya penangan tak sesuai untuk kaum wanita*

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

*aku pantang sikit bab-bab merokok ni. Maaf yer? aku memang tak suka. kalau boleh, aku elakkan *

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

*hah iye, meludah tak tentu pasal. uuuuuuu. aku penah kawan dengan lelaki macam ni. aku 'sound' tepek je!*

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

*ape ingat kau kiut? hahaha*

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

*suprise kecil yang spontan konpem boleh bikin awek hang tambah sayang kat hang tau! hehe*

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

*pantang gak ni, dah kantoi tu minta maaf jelah. setel!*

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

*kalau serius macho, aku terima. tapi kalau perasan macho?haihhh*


Bisik kecil: http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/lelaki-cinta/20-perkara-yangg-membuatkan-wanita-benci-lelaki/

Jul 10, 2009

Gemerlapan.


Hai.

Kali ni aku nak tampal klip video dari cerita Gemerlapan.
Aku tak pasti lah, berapa ramai yang suka cerita ni. Tapi yang sahih aku suka. Hmm. Banyak lagi.
Ini diantara cerita-cerita yang dibikin oleh orang kita sendiri.
Haaa buat muka! Tulah kalian, sokmo pandang lekeh cerita Melayu. Bandingkan dengan yang luar. Yelah luar lagi bagus! kan? Blah la.

Positif la kawan. Diri sendiri pun tak maju macam orang luar. Ceh!

Tak salah kalau kalau nak kritik filem tempatan. Tapi dalam sesebuah kritikan haruslah membina dan terus beri sokongan. kan?
Haihh. Itu pun nak kena "ajar".
Grrrr!

Ok. Berbalik pada niat asal.

Cerita tentang remaja kolej. Nakal. Manis. Aku rasa lah cerita-cerita Melayu banyak yang manis-manis. Buat aku sengih manjang.
Walaupun Lan A to Z nampak kaku, tapi tak perlu berkira sangat lah! Hiburan kan? Layan. Cerita ringan.

Aku rasa mahu imbas sikit lah cerita dulu.
Ok. Aku tampal.

p/s: Mekaseh Balqis!





Jul 9, 2009

Dari seorang sahabat.


Brooke Shields was one of many people who eulogized Michael Jackson at the Memorial service held at Staples Center on Tuesday, July 7, 2009. Shields offered a unique view into the personality of Michael Jackson as a treasured friend. Michael Jackson and Brooke Shield were often seen in each others company in the 1980's when they would attend award shows and functions together.

Brooke Shields was teary as she got on stage and spoke of the many times she and Michael Jackson had enjoyed together. They were called an odd couple, but she said it was the most easy and natural of friendships. Brooke said she met Jackson when she was just 13 year old. The two child stars shared a bond. as two children who knew hat it was like to be in the spotlight at a very young age.

Brooke Shields said they each had to grow into adults too early, but when they were together they had fun and laughed. Shields recalled moments when they were at Neverland Ranch on the night before Elizabeth Taylor's wedding. She called Michael Jackson a lover of life, who cared so deeply for his fans.

Shields also mentioned the white glove, saying that she asked Jackson, “What's up with the glove?” She said that she told Michael to hold her hand with the other hand, because the sequins on the glove hurt.

Shields read a section of the book “The Little Prince,” and said the Michael Jackson's sensitivity as more extraordinary than his talent Michael Jackson saw everything with his heart.

Brooke Shields said that Michael Jackson's favorite song as not one of his masterpieces, but a song from an old Charlie Chaplin movie called "Modern Times." The song was "Smile."

“We need to look up, where he is undoubtedly perched in a crescent moon and we need to smile.” Shields was shown being hugged members of the Jackson family as she got off stage.

Smile was the name of the song performed by Jermaine Jackson, who got on stage after Brooke Shields.

Jermaine Jackson performed the song “Smile,” a Charlie Chaplin tune. Jermaine wore one white sequined glove, as he performed his musical tribute to his brother. An image of Michael Jackson, with his arms outstretched, was in the background as Jermaine sang. Jermaine tuned toward an image of the Jackson 5. He broke down in tears at the end of the song, but continued to the end.

:girl_1:


Disunting dan ditampal dari: http://www.examiner.com/x-4819-Cable-TV-Examiner~y2009m7d8-Michael-Jackson-Memorial-Brooke-Shield-descibes-friendship-and-Jermaine-sings-Smile

Jul 3, 2009

Tribute.


"Saya suka Malaysia!!"
Biarpun laungan spontan nya itu mungkin tidak memberi erti pada sesetengah pihak.

Tapi bagi aku,
ianya sangat manis.

Aku bukanlah peminat fanatik MJ.
Tapi aku masih merasai kehilangannya.
:girl_8:

Layan.





Lambat sambut!


Hai kembali.
Aku lupa nak tampal cerita pasal sambutan 'birthday' tak seberapa untuk kawan sebelah meja aku ni.
[semalam dan bukan tarikh yang sebenar!]

Maap lambat sangat.
Huahuahua.

Idea asal aku dan digarap semula oleh Noni dan pembantunya si Fais.
Kejutan yang agak terbilang kerana berjaya membuat Suria terharu dan hampir menitiskan air liurnya.
Ngahaha!






Jadinya.

Selamat lambat menyambut hari ulangtahun yang ke 2*
[hari kejadian yang sebenar ialah 7 Jun 2009]

:girl_14:



Mode: Respon.


Hai.

Beberapa hari lepas 'kejadian' itu berlaku, ramai yang masih bertanyakan hal yang sama.
"Guys, Girls."

Yap, sape-sape pon akan cuak dan takut, kan?
Tak kesah lelaki ke pompan ke.
Pssttt, yang macam berani tu lagak je lebey.
:girl_16:
Miahaha.

Tapi aku sebenarnye rasa bersalah.
:girl_8:
Sebab ape?
Yelah, aku dah 'sebarkan' al-kisah ni.

Yang tak takut, jadi cuak.
Yang dah sedia takut, jadi maken cuak.
Yang kunun-kunun berani tu, maken lantang pulek kata aku buat cerita.
[harap kena pada kau pulek la. Baru kau tau langit putih ke biru.]
Pepatah Ayu bukan pepatah Melayu.
:girl_5:

Maaf yep.
Anggap jela hal yang berlaku tu, menjadikan kita supaya lebih berhati-hati.
Jangan pergi merayap sendiri-sendiri.
Jangan ke 'toilet' sendiri-sendiri.

Walau masa aku terkena tu berdua. Tapi mungkin berdua kali ini bukan lebey baik.
Hahaha.

Dalam hati tetapkan iman. Huh, selalu zikir kalau hati dah mula rasa semacam.
Aku bukan kuat.
Aku bukan super.
Aku bukan star.
[eh?]
Hahaha.

Hmm. Amalkan baca ayat kursi. Pasti bertambah kuat.

Kawan-kawan opis ada yang kata aku trauma.
Mungkin.

Aku oke ke tak?
Hmm.

Doakan aku oke.
Sentiasa kuat.
Aku harap.

Sebab aku bukan keje untuk satu atau dua hari je.

Well. Mungkin ada yang memandang enteng dengan bebelan aku kali ini.

'So wat?'
:girl_2:

Nak aku ulang lagi?

[harap kena pada kau pulek la. Baru kau tau langit putih ke biru.]

Jangan anggap aku terlalu lemah. Jadi sebab itu aku terkena.
Tanya pada rakan-rakan yang lain.
Mereka pun sama.

Bezanya, hal itu tak ketara seperti apa yang berlaku pada aku dan Noni.

Esok. Jumaat.
Khabarnya, pihak MAMPu mahu bikin bacaan Yassin.

Alhamdulillah. Sangat berTerima Kasih.
Mudah-mudahan semuanya oke.

Oke.
Moga kita semua selamat!

:girl_9: