Feb 24, 2009

Jalan-jalan.

Salam.
Nampak sangat lembab kemajuan di blog aku kali ini.
Aku tidak seaktif ummi.
Kemalasan sebelum melangkah pergi mencuci pemikiranku di Sabah.
Ahh, alasan.
Tapi yang pasti, ada yang mulai menulis dialog seperti ku di blog mereka sendiri.
Ah, meniru.
Yang pasti blognya tiada sambutan yang menggalakkan.

(wah ayat.hahaha)


Pengalaman berada di Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu.
Kesejukan malam yang melampau ketika tinggal di Kundasang
.



Biarpun ada yang berkata kami bukan mahu ke London yang terkial-kial tika mencari sweater tebal mahupun glove sebagai asas menutup tubuh yang makin dimamah usia ini.
Hanya kami yang merasa waktu itu.
Sejuk, sehingga Noni menjerit bila mana matanya terpaku melihat kaki ku yang mulai biru.
Dan aku terkedek-kedek mencari stokin belangku.
Memang sejuk.
Pagi pada esoknya, hati yang kosong terbang ke arah puncak gunung itu
.



Indah bukan??
Entah mampu menyentuh hujung gunung.
Hanya ini yang mampu dirakam.




Hahaha.
Hanya naskhah yang busuk.
Mata yang sebelah sepet dan tiada wangi-wangian yang sempat ditampal.
Deruan angin disertai suasana kampung yang damai.
Tenang.
Biarpun kain pelikat Ikhwan melambai-lambai mengikut arah tiupan sang bayu.
Tergugat kedamaian waktu itu.

(hahaha.)



Gangguan bukan?
Gelembung kain yang tiada kawalannya lagi.

(gelak lagi, akaka.)

Dan semasa berada Kota Kinabalu Park.
Kabus yang kadang-kadang meliputi puncak gunung.

(gambar-gambar di Fb ya.)

Di Ranau, Serindit hostel.
Bersenda di air terjun Kepingit yang harus berjalan sejauh 440m melintasi air panas terlebih suda.
(Aicece.)
Terasa berbaloi dengan kesejukan dan kecantikan air yang tenang turun mengikut arahnya sendiri.





Shantek bukan??
(Angguk-angguk.)
Ikan-ikan kecil yang mula melakukan gigitan dikaki kami yang sedap.
Tika punggung dilabuhkan diatas batu yang gelap.

(ahaha.sekali bunyi pantun daa.)

Perjalanan diteruskan dengan mendaki bukit sejauh 750m untuk Canopy Walk.
(gambar kemudian.)
Hanya untuk latihan fasa 1 menghilangkan rasa gayat.
Sungguh, aku tak bohong!
Melayan jambatan gantung dari pokok ke pokok.
Jangan pandang bawah diwaktu ini.

(amaran.)
Wani yakni adik Suria saja yang sasau memandang ke arah bawah.
Kerja gila.

Aku seorang yang gayat sebenarnya.
Tapi hampir pupus kefobiaanku itu.
Kaki yang melenguh ku khabarkan saja pada Hot Spring.
Celup-celup choki-choki.
Ah, sangat lazat!


Berada di Kota Kinabalu.
Dihari ke empat, kami ke pulau Manukan dan Mamutik.
Sayang, sampah terapung-apung.
Mahu saja disuntut-suntut sesiapa saja yang menebarkan hobi yang busuk ke laut yang luas itu.
Sangat cis!
Moga ada insan yang usahakan sesuatu ke arah kejayaan yang cemerlang.

(merepek apa.hahaha emo nemo!)

Hari yang terakhir.
Pagi yang aman dan bukannya yang gelap.
Kami bersoping!
Habitat kaum hawa.

(emy hawa aku tak tahu hobi nya apa. ah merepek lagi)
Wahahaha seronot lagi!

Dan disini pengakhiran cerita kami di Sabah.
Petang kami mula berangkat.
Ya pulang dan kembali bekerja.
Cis lagi!!!

(arghhhhhhhhhhhhh!)



Titik.



14 comments:

acik ayu said...

lalalala

shay said...

i love sabah...mmg pengalaman yg menarik+menakjubkan.kl stakat bersusah sket it does'nt matter laa..and we still can survivekan k.u kan..as long we happy all together..

Anonymous said...

ayat tak tahaan la ko ni.. kain ku_where kembang2 pun jadi bahan.. hahahaha...

acik ayu said...

shay : we will survive! yeahhh! sabah best. muahahaha

Anonymous@idan: hahaha. klaka la igt ms tu. kembang xhengat!

Ikhwan said...

Tersurat: Gambar menunjukkan fitri sedang mengembangkan ilmu fotografi kepada kawan2nya.

Tersirat: Gambar menunjukkan kain pelikat sedang mengembang berikutan hembusan bayu yang agak kuat.

Moral: Jangan berkemban dengan kain pelikat.

acik ayu said...

Ikhwan: aiceceh. siap bg tsurat & tsirat tu. ahaha. wan, kalo xbkemban dgn kain pelikat, nak bkemban dgn kain ape lg?
hehehe

Anonymous said...

hahahaaa..kembang setaman...hua4

ch0ch01ic said...

perlu ke ckp seaktif ummi tu?
dh tak aktif la skng.bz ngn keja.huhu...

nape tah pakai kain pelikat?bahaya tuh!kang ade plak benda lain yg kembang.hahahaha...

acik ayu said...

Anonymous: bahaya tu kembang setaman. hahaha

ch0ch01ic : perlu la. nk glemer kan ummi. hahaha.
uiks, syhhhh ummi...hahaha

Anonymous said...

mcm kenal sape yg pakai kain sarung tu....dh le kembang je kainnye..hahahaha

acik ayu said...
This comment has been removed by the author.
acik ayu said...

Anonymous : siapekah empunya kain sarung tersebut?? hahaha. kain kembang kene tiup angin. jgn msk angin sudey kan mr kain kembang?
hehehe

Emynz said...

mcm best hahah.

acik ayu said...

Emynz: mcm je. hahaha