Hai.
Lama sunggoh tak mengadap blog ku ini.
Kesepian betul dikau ni!
Isk isk isk.
Ok. Aku sihat.
Tapi rambot aku maken gugur.
[Ade kaitan kan?haha]
Keje baru pon agak ok.
Takat ini lah.
Rumusan lebih berkaitan keje baru tidak boleh diberi secepat ini,oke kalian?
Minggu depan masuk minggu ke-4 aku mulai bekerja.
Aku masih dalam peringkat fasa satu.
Mengenali dan menganalisis mengenai persekitaran aku.
Cuma aku berasa janggal dengan perubahan kitaran hidup aku kini.
Aku dapat merasai melalui kesesakan jalanraya! [Ala kejapan saja. Bukan satu masalah besar.]
Aku dapat melalui rasa mencari paking dan menapak jauh serta meredah hujan tika pulang! [paking dibayar sebanyak RM4 dan ini boleh di"claim"]
Aku memang akan lalu tol yang sama sebanyak 2 kali setiap pagiku! tapi jumlah sebenar adalah 3 tol [Buat sementara waktu mungkin. Pasti punya cara lain, cuma aku belum habis selidik.]
Dari 2 hari bekerja kini bertukar 5 ari bekerja. [Tapi sabtu dan ahad konpem cuti. wahaha!]
Roda hidup ku mulai berubah!
Dan gaji aku dari 'company' lama aku masih dalam proses.
Proses la kau HR sehingga otak kau jadi lumat dan berlumut.
Berita edisi Tahi:
Proses yang terbaru diserahkan pulak pada bahagian 'payrol', selepas cik A**i mempassingkan kepada pihak Finance dan kemudian kembali kepada beliau semula. Usai dari melempias tenaga dengan mencampakkan alasan pelbagai rupa bentuk kepada penerima gaji [yakni aku selaku penjaga GOL.muahaha.] dan bola cek itu masih enggan dilepaskan oleh pihak lawan. Maka aku rasa lebih baik aku 'melepaskan' posisi aku dalam permainan morfeus Faker scanning ini. Tumpuan terpaksa ku kalih.
Dalam erti kata lain: Gaji aku masih dipegang oleh opis lama!
Haih! Carik pasal ye dengan aku
Rezeki ku dari segi lain kini muncul.
Sinar putih termalu-malu memaniskan wajah.
Ahak.
Ah.
Aku mahu selalu sebegini bahagia!
Bisikkecil: Aku tak pedulikan ko setan kecil!
2 comments:
.tak paham part last T___T
intan: eh. yang last tu mmg xde kaitan.haha
Post a Comment