Jan 24, 2009

Lelaki pilihan.


"Pilihlah aku, jadi temanmu..."
Terngiang2 lagu dendangan Latif Ibrahim.
Tapi itu lagu untuk wanita idaman.
=)

Entry yang seterusnya kali ini, aku nak selitkan tentang
"Lelaki yang mana menjadi pilihan?"
Bukan lelaki saja yang boleh membuat pilihan, (psstt mentang2 punya kuota 4)
=P

Oke, jom terus pada 'point' aku kali ini.
(cewah!)



Oleh Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup
bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis
harijadi.Jika baju,tak suka yang itu,pilih saja yang
ini.Kalau warnanya seperti tidak match,pilih saja
warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang
sesuai,baik dan serasi?


Persoalan ini memang pasti menghantui setiap orang sebab tersalah
pilih,hidup akan menjadi tidak amat selesa.Macam-
macam perkara boleh ditimbulkanoleh sang
lelaki,tatkala dia sudah pun bergelar suami.Tidak
semudah
menukar baju jika ingin lari darinya.Malah dia
bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey,segala
segi,anda sangat beruntung.Hidup anda akan
terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan.Tetapi
jika anda mendapat lelaki tidak okey,segala
segi,ibarat anda telah menghampiri 'neraka dunia'.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila
memilih lelaki:

1.Bagaimana agamanya

Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai
manusia yang beragama,(terutama sembahyang
fardu),usahlah harapkan sesuatu yang menarik
daripadanya.Mungkin dia kaya dan penyayang
serta boleh memberikan semuanya,tetapi haluan
menuju ketuhanan,dia bukanlah pilihan
terbaik.Betul,bukan semua lelaki yang
sembahyang itu baik,tetapi sekurang-kurangnya
haluan pimpinannya jelas.Agama diturunkan untuk
memantau kehidupan manusia,maka manusia
perlu menerima pantauan itu untuk selamat.Soal
ini tiada siapa terkecuali.

2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya

Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah
seorang yang tidak pernah mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya.Anda
boleh lihat dengan jelas akan hal ini.Jika dia
menangguhkan pulang ke kampung semata-mata
untuk anda,dia bukanlah seorang family
man,lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati
ciri-ciri lelaki pilihan.Seorang lelaki yang
mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang
yang boleh diharap.

3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama
anda


Jika dia demand beberapa hal yang tidak
munasabah dan 'tidak boleh' sebelum masanya,
dia bukanlah lelaki yang terbaik.Cinta tidak perlu
dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang
membawa kemurkaan TUHAN.Ramai wanita silap
dalam menafsirkan pengorbanan
cinta.Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang
sejati,tetapi tidak usah hingga terkorban
diri.Ingat,wanita ibarat rama-rama,selagi warna
sayapnya tidak terurai,selagi itulah dia diminati
dan disayangi.

4.Bagaimana keluarga melayaninya

Jika boleh dapatkanlah latar belakang
keluarganya.Keluarga yang rosak dan porak
peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak
dan juga porak peranda.Perhati juga bagaimana
keluarga melayaninya.Jika keluarga baik
terhadapnya,itu menandakan dia baik terhadap
keluarga.

5.Siapa sahabatnya

Untuk mengenali dia lihatlah siapa
sahabatnya.Sahabatnya adalah cermin untuk
dirinya.Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka
yang baik budi pekerti serta boleh diharap,dia juga
sama.Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan
orang yang rosak akhlak,dia juga mungkin tidak
terkecuali.

6.Apakah kegiatan hidupnya

Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk
mengakhiri hubungan itu dengan
perkahwinan,usah ambil mudah tentang aktiviti
hidupnya,maksud saya pekerjaan serta
kegemaran serta wawasannya.Ini penting sekali
sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa
kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga
apa wawasannya.Pastikan dia mempunya
pekerjaan,tidak semestinya makan gaji,perniagaan
juga baik.Pertanian,perladangan,penternakan dan
juga perikanan juga baik.Semua itu bidang
pekerjaan yang mulia.Ramai orang tidak kisah
dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu
di alam percintaan,kemudian menanggung derita
setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya
dia tiada pekerjaan,pemalas bahkan penagih
dadah.Sukailah dia dan sukailah
pekerjaannya,selagi halal,adalah mulia di sisi
ALLAH.

7.Lihatlah diri anda sendiri

Lihatlah diri anda sendiri.Bagaimana lelaki yang
ada inginkan begitulah diri anda sebenarnya.Jika
anda memiliki akhlak yang baik,dia semestinya
juga begitu.Jarang orang yang tidak sama peribadi
boleh menjalin hubungan intim dan penuh
persefahaman.


Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita
dalam langkah pertama membina cinta.Mengenali
peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah
tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan
keluarga setelah berkahwin.Lelaki bagaimanakah
yang anda inginkan?Pilih, kemudian tafsir,renung
dan fikir,usah suka,terus ambil kemudian kahwin
lalu menderita.Anda mampu mengubahnya
.


Dan aku jumpa ini:

" Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar. Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.."


~Dan aku sentiasa tahu tiada manusia yang begitu sempurna, namun perlu memilih selagi punyai pilihan~
(huahuahua. dey, janganlah main sauk je beb!)



5 comments:

Ms. Aida Yusof said...

~ haish, n3 soal kehidupan ini bisa membuatkan proses pemikiran medula oblangata sy x henti² ligat berputar mencari jwpn kepade soalan yg belom tentu ade jwpnnya.. huhuh (apa ini? haha.. sy merapu suda!)

Anonymous said...

hehe..ske bc psl ni...ahaksss

whohaseverything said...

Ms. Aida Yusof : hahaha. gue phm.

Anonymous : siapekah? (tgglkan la nama kamu)hahaha. gue pon ske!

Anonymous said...

List2 yg btul2 membuka minda sy..TQ ayu..

whohaseverything said...

Anonymous: hurm. ure welcum. :)