Jan 28, 2009

Makhluk Tuhan.


Paling seksi?
Yolah tuh.

Aku tak paham. Kamu paham?
Meh aku cerita.

Makhluk A: Ayu, nanti tolong bagi A alamat email B.
Aku: Nak buat apa?
Makhluk A: Saja. Rasa nak betulkan balik la persepsi B kat A. (ada kisah, malas nak cerita). Nak cakap juga kat B suruh dia cari je lelaki yang lebih baik dari 'Q'.
Aku: Hurm. Nanti aku tanya empunya diri dulu. Kalau dia ok, ok lah.
Makhluk A: Ok. Kirim salam ye kat B.

Beberapa hari selepas hal itu.(Aku tak ingat berapa lama).
**Chatting di Yahoo Messenger*
Aku ringkas kan. Aku bukan mesin nak menghafal semua isi perbualan.

Aku: B, A nak alamat email B boleh tak?
Makhluk B: Hmm. Yeke? Takpe lah, B pon nak borak dengan A. Ada benda nak tanya.
Aku: Ok. Tapi lewat sikit lah. Mungkin A tengah tidur.
Makhluk B: Alamak, sekarang tak boleh ke?Nanti B takde depan pc ni.
Aku: Pergi mana?
Makhluk B: Ikot trip ke S***n. Dengan kawan2.
Aku: Ok, nanti aku cuba tanya A. (Dengan pantas bagi pesanan ringkas).
...........
Makhluk B: Dia sudah reply?Kalau boleh nak settlekan sekarang la. B call jelah.
Aku: Hurm, ok3. Try lagi.
(sudah tak ingat berapa kali hantar pesanan 'bertuah' itu).
..........
Aku: Boleh tak A?Nanti B takde kat tempat dia.Dia nak call terus.
Makhluk A: Ala...(blablablabla-alasan-pelik, padahal dia yang beriya2)
pujuk punya pujuk punya pujuk punya pujuk. Dapat.
Makhluk A: Ok lah. Nasib baik bawak handsfree. (Bunyi macam mengeluh kan?wut the ****-siapa cari siapa sebenarnya ni??)
Aku: B, call la dia sekarang.
Makhluk B: Ok.
Mereka settlekan sendiri. Tugas aku sampai situ je.
.........
Apa? ingat betul2 ke sampai situ?
Banyak hal jadi.
Makhluk A serabut kan lagi keadaan. Niat yang kononnya 'murni' sekadar lakonan saja.
Makhluk B makin tertekan. Aku ??(hurm). Niat aku baik untuk Makhluk B saja.
.........

Makhluk lain: Ayu, makhluk A cakap kau ni seperti mengada2 kan cerita saja. Menokok tambah. Dia tak cari pun makhluk B. Kau saja bikin panas. Dia kirim salam sajalah!
(wah. *******!)
Aku: Terkesima. Terkejut. Terpana. Tercarut. Tersedih.

Moral: Jangan percaya makhluk itu lagi. Kata orang, buat baik berpada2.


Kamu paham?
Aku malas nak paham.
Koma, bukan titik.




Jan 24, 2009

Dikala aku sangap..



Dikala aku sangap.
[Keje 6 hari direct (12jam oke?)]

Aku terganggu dengan seseorang yang bermasalah.

Sabar.

....
.....
......

Terganggu lagi dengan alarm hp dia yang ****!

Dem!




Lelaki pilihan.


"Pilihlah aku, jadi temanmu..."
Terngiang2 lagu dendangan Latif Ibrahim.
Tapi itu lagu untuk wanita idaman.
=)

Entry yang seterusnya kali ini, aku nak selitkan tentang
"Lelaki yang mana menjadi pilihan?"
Bukan lelaki saja yang boleh membuat pilihan, (psstt mentang2 punya kuota 4)
=P

Oke, jom terus pada 'point' aku kali ini.
(cewah!)



Oleh Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup
bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis
harijadi.Jika baju,tak suka yang itu,pilih saja yang
ini.Kalau warnanya seperti tidak match,pilih saja
warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang
sesuai,baik dan serasi?


Persoalan ini memang pasti menghantui setiap orang sebab tersalah
pilih,hidup akan menjadi tidak amat selesa.Macam-
macam perkara boleh ditimbulkanoleh sang
lelaki,tatkala dia sudah pun bergelar suami.Tidak
semudah
menukar baju jika ingin lari darinya.Malah dia
bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey,segala
segi,anda sangat beruntung.Hidup anda akan
terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan.Tetapi
jika anda mendapat lelaki tidak okey,segala
segi,ibarat anda telah menghampiri 'neraka dunia'.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila
memilih lelaki:

1.Bagaimana agamanya

Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai
manusia yang beragama,(terutama sembahyang
fardu),usahlah harapkan sesuatu yang menarik
daripadanya.Mungkin dia kaya dan penyayang
serta boleh memberikan semuanya,tetapi haluan
menuju ketuhanan,dia bukanlah pilihan
terbaik.Betul,bukan semua lelaki yang
sembahyang itu baik,tetapi sekurang-kurangnya
haluan pimpinannya jelas.Agama diturunkan untuk
memantau kehidupan manusia,maka manusia
perlu menerima pantauan itu untuk selamat.Soal
ini tiada siapa terkecuali.

2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya

Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah
seorang yang tidak pernah mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya.Anda
boleh lihat dengan jelas akan hal ini.Jika dia
menangguhkan pulang ke kampung semata-mata
untuk anda,dia bukanlah seorang family
man,lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati
ciri-ciri lelaki pilihan.Seorang lelaki yang
mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang
yang boleh diharap.

3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama
anda


Jika dia demand beberapa hal yang tidak
munasabah dan 'tidak boleh' sebelum masanya,
dia bukanlah lelaki yang terbaik.Cinta tidak perlu
dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang
membawa kemurkaan TUHAN.Ramai wanita silap
dalam menafsirkan pengorbanan
cinta.Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang
sejati,tetapi tidak usah hingga terkorban
diri.Ingat,wanita ibarat rama-rama,selagi warna
sayapnya tidak terurai,selagi itulah dia diminati
dan disayangi.

4.Bagaimana keluarga melayaninya

Jika boleh dapatkanlah latar belakang
keluarganya.Keluarga yang rosak dan porak
peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak
dan juga porak peranda.Perhati juga bagaimana
keluarga melayaninya.Jika keluarga baik
terhadapnya,itu menandakan dia baik terhadap
keluarga.

5.Siapa sahabatnya

Untuk mengenali dia lihatlah siapa
sahabatnya.Sahabatnya adalah cermin untuk
dirinya.Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka
yang baik budi pekerti serta boleh diharap,dia juga
sama.Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan
orang yang rosak akhlak,dia juga mungkin tidak
terkecuali.

6.Apakah kegiatan hidupnya

Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk
mengakhiri hubungan itu dengan
perkahwinan,usah ambil mudah tentang aktiviti
hidupnya,maksud saya pekerjaan serta
kegemaran serta wawasannya.Ini penting sekali
sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa
kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga
apa wawasannya.Pastikan dia mempunya
pekerjaan,tidak semestinya makan gaji,perniagaan
juga baik.Pertanian,perladangan,penternakan dan
juga perikanan juga baik.Semua itu bidang
pekerjaan yang mulia.Ramai orang tidak kisah
dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu
di alam percintaan,kemudian menanggung derita
setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya
dia tiada pekerjaan,pemalas bahkan penagih
dadah.Sukailah dia dan sukailah
pekerjaannya,selagi halal,adalah mulia di sisi
ALLAH.

7.Lihatlah diri anda sendiri

Lihatlah diri anda sendiri.Bagaimana lelaki yang
ada inginkan begitulah diri anda sebenarnya.Jika
anda memiliki akhlak yang baik,dia semestinya
juga begitu.Jarang orang yang tidak sama peribadi
boleh menjalin hubungan intim dan penuh
persefahaman.


Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita
dalam langkah pertama membina cinta.Mengenali
peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah
tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan
keluarga setelah berkahwin.Lelaki bagaimanakah
yang anda inginkan?Pilih, kemudian tafsir,renung
dan fikir,usah suka,terus ambil kemudian kahwin
lalu menderita.Anda mampu mengubahnya
.


Dan aku jumpa ini:

" Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar. Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.."


~Dan aku sentiasa tahu tiada manusia yang begitu sempurna, namun perlu memilih selagi punyai pilihan~
(huahuahua. dey, janganlah main sauk je beb!)



Jan 23, 2009

burung pipit.


Petang tadi, tergerak untuk menonton program Al-Kuliyah.
Tajuk yang sangat menarik perhatian aku.
"BOIKOT"

Banyak persoalan yang timbul.
Antaranya tentang status para pekerja yang mencari rezeki di syarikat2 yang menjual produk2 Israel.
Ustaz tersebut memberi jawapan yan
g ringkas tapi padat.
Katanya, (lebih kurang@aku sempoikan terus) bergantung kepada tahap sensitiviti seseorang tentang kekejaman Israel dan semangat persaudaraan sesama Islam. Tapi hukumnya harus, (bukan wajib) untuk mencari peluang kerja yang lain.
Dan seterusnya tawakal dalam mendapatkan punca rezeki .
Beriman dan yakin dengan Allah.
Bumi Allah ini sangat luas
.
Kuasa Allah jua sangat besar.

Boikot juga sebahagian dari usaha kita "infak" (
mendermakan atau memberikan rezeki atau menafkahkan sesuatu kepada orang lain berdasarkan rasa ikhlas dan kerana Allah semata.) dalam membantu umat islam di bumi Palestin. Oleh itu, aku dan kamu harus berusaha ke arah itu.

Disini aku sisipkan kisah burung pipit untuk
kita fikirkan bersama.

Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…

“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab,

“Paling kurang, bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”

[Begitulah jua dalam usaha kita memboikot produk Israel yang jahanam itu]

Allahuakbar!

(Tiba2 aku rasakan takbir sangat sesuai dilaungkan disini tanpa ada rasa kepentingan dalam politik)

Hua hua hua [ada yang terasa ke?]


Tengok2. Usahalah ye kawan2. Aku pun. [Losyen kena tukar, KFC pun dah tak buleh makan]. Yang sudah terbeli tu, habiskan jelah. Tak elok membazir, cuma lepas ni jangan beli lagi. Hehehe.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.


Gambar diatas 'dipinjam' dan tidak akan dipulangkan semula dari:http://ntvirus.wordpress.com/2009/01/07/senarai-produk-yang-menyokong-israel-yang-perlu-kita-boikot/



Duta (so7).


Mari mengomel sedikit tentang mamat indon ini.
Lama aku membisu kan?
Tiba2 entry kali ini mengaitkan Duta (SO7).
Hahaha. Dulu boleh dikatakan aku minat gile2 dengan dia ni.
Banyak yang aku tau. (Adatlah kan kalo dah minat. :P)
Duta ni kiut sangat la. Hahaha.
Itu yang aku rasa dulu.

(senyum sampai ke telinga.)


Dan kini, Duta
sudah memiliki 2 cahayamata. (1 isteri, of course.)
Hahaha.



Duta bersama2 cahayamatanya, Aisyah & Bima al Aiman Mojo
(ikhsan dr: http://sheilaon7.blogsome.com/category/duta-adel/)


Cumil kan isteri Duta?(heee)

Hai hai hai.
Bahagia sudah.

Pantas kan masa berlalu?

Moge2 kite semua bahagia selalulah hendaknya yerk?
(Amin.)

Aku selitkan sekali vc terbaru dari SO7.
Enjoy!










Jan 22, 2009

jenguk.


Hai. (poyo).
Cerita yang aku ngada2 bikin suda dapat sambutan.(lagi poyo).
Tengah pusing-pusing cari idea.(ya allah, pehal poyo sangat ni). Hahaha.
Nanti sambung ek. (sambil berlari-lari anak).
=P






Jan 11, 2009

kak maziah ooo kak maziah.




(Di Village View, Kajang.)

Hilang sudah team leader yang sporting.
Waduh.
Mana kok mau dicari gantinya?
Kak Maziah yang suka gaduh dengan Fitri.
(Aku suka segmen ini.Har3!)
Kak Maziah yang suka gelak kuat.
(takpe, Emy Hawa pun sama.Haha!)
Kak Maziah yang makin hari suka tonto
n cerita korea.
(Noni tukang cadangkan cerita apa.)
Kak Maziah, team leader yang terlalu low profile.
(Dia respek orang, lalu orang pun respek dia.)


Aku fikir korang lebih mengenali siapa kak Maziah.
Siapalah aku untuk menilai kak Maziah.
(Hua3)

Mari menilai Kak Maziah dengan menghantar kan 'undian' secara pukal di kotak komen aku.
(Hahaha!)


P/S: Untuk Ummi tergedik, jangan lupe daku disini. Lagi2 kalau ada jawatan kosong. Hua3!


Jan 3, 2009

Ada Masa Mata.



Lagu: Ada Masa Mata
Lagu: M.Nasir
Lirik: AD Samad

Ada masa masa
Bukan dgn mata
Nak menilai rupa
Tetapi kerja hati
Melihat dari pekerti

Ada masa masa
Dari sisi sama
Masih tetap jua
Pandangan boleh berbaza
Asalkan saja hati
Sudi cuba memahami

Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidak kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga

Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti jua aku
Bila mengenali dirimu

Jangan kunci
Pintu hati
Lepas pandang
Sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri









Lihat.




Lihat dia.
Betapa getiknya dihati.
Gerak bahasanya.
Lontaran badannya.
Melentik-lentik sindiran dihati.
Asalnya ingin meletakkan budi.
Tapi terus merosakkan hati.

Lihat dia.
Mulut dikatup.
Kepala laju menggeleng.
Lantas, mata ini ingin pejam.
Tak mahu diusik lagi.

Biarkan dia.
Akur mengalah.

Biarkan dia.
Gilai bayang-bayang.


Titik.


P/S: Kamu yang berkaitan. Tabahkan Ati! Hua3.