Jan 29, 2010

sebab entri durjana, empunye binasa!






oh ni rupenye wajah si adukataruna!

isk isk isk.

bisikBESAR: hati-hati-dengan-kata-kata!

Ensem la dia.



Bertambah-tambah ensem la dia.

..
...
....





Oh la la la!

bisikBESAR: no plat kne tutup. hik!

Jan 26, 2010

Rabun.


Kadang-kadang aku jelas.
Kadang-kadang aku kabur.

Jelas-jelas aku cemburu.
Kabur-kabur aku marah.

Cemburu aku, sayangkan dia
Marah aku mahukan dia.

Tapi;
Dia jarang-jarang perasan.
Dia jarang-jarang nampak.


BisikBESAR: Dia rabun atau aku yang terlebih jelas?

Jan 25, 2010

Jan 21, 2010

Aku dilarang.




Aku pernah melakukan sesuatu yang bodoh.
Membiarkan aku dikuasai oleh seseorang.

Dan kini aku masih dilingkari sesalan.

Terus perasaan benci tertunus dihati.

Kau, tidak akan aku maafkan.
Kerana aku bukan semulia Nabi.


Bisik
Besar: DILARANG MELAKUKAN SEBARANG PENGORBANAN!

Jan 20, 2010

Coba-kau-coba!



"Catcheye is an online advertising platform that allows advertisers to deliver their advertisements in a highly effective manner. Our ad delivery platform guarantees that each ad is viewed by unique and voluntary viewers. In return, they will earn Catcheye reward points which can be exchanged for cash and/or other prizes. Viewers are also required to answer 3 simple questions related to the ad being displayed, hence strengthening their impression and understanding of the message being conveyed.

In addition, Catcheye will donate to a charity organization (of the user’s choice) everytime an ad is viewed. Indirectly, this allows companies to fulfill their corporate social responsibilities while promoting their businesses."


Apa kes ni?

Yang ini kes-coba-bikin-duit.

Seperti nuffnang dan adverlets.

Aku saja-saja coba.

Sebab apa?

Ya betul.

Sebab percuma.
Takdelah gigih sangat pon.
:D
[Program iklan yang laen pon percuma kan?]

Kalau nuffnang atau adverlets korang berani join, kenapa tidak untuk yang ini kan?
Hehe

Ala, sambil-sambil layari internet. Main mukabuku. Kadang-kadang timbul rasa busan bukan?
:P

Jadinya, mari kita coba! Luangkan sedikit masa, rajinkan gerakan jari untuk menekan link dibawah.
Hehe.

Klik disini : catcheye


Selamat menekan, mencoba dan pasni main mukabuku kembali. Hahaha!


BisikBESAR: Coba kau coba. ^^

Jan 13, 2010

Aku akan dimadukan.


Ada seorang teman bertanya.

Kenapa kaum hawa lebih gemarkan penceraian dari memiliki payung emas?
Dan dia mula berkata tentang sunnah nabi, hukum Allah serta pahala dan dosa.

Aku hanya tersenyum.
Cuba mencari suatu perumpamaan atau persamaan.

Dan aku mula memberi jawapan dengan satu pertanyaan.

" Kau punya kekasih hati?"
Dia menjawab dengan senang hati sekali, " Iya, tentulah."
Kalau suatu hari nanti ditakdirkan kalian bertemu jodoh,
dan tiba-tiba
kekasih hatimu itu berubah hati dan punya cinta hati yang lain.
Apa kau boleh terima dengan hati yang terbuka? Atau dalam erti kata yang berbeda,

KAU REDHA DAN TERSENYUM LALU MEMELUKNYA DENGAN RASA GEMBIRA BAHAWA KAU AKAN DIMADUKAN??

Teman ku itu terus berkata:
" Ok. Mudah sungguh jawapan mu. Dan terima kasih kerana tidak memberi jawapan dengan membentak-bentak. "


BisikBesar: Apa payah benar untuk memahami suatu perasaan kecewa??

Jan 12, 2010

AJL 24 yang terlepas entri.





Aku tau aku lambat.

Suka-hati-aku-lah!

Hahaha.

Kenapa aku tepek muka Lan?

Lagik sekali.


Suka-hati-aku-lah!

Hahaha.

:P

Aje gile aku ni.
Mampos nanti kalau kalian bengang dengan aku. Harus tutup saja tetingkap blog aku ni.
:P

Oke. Aku pengalah.

Aku tepek muka Lan sebab dia budak Langat.
:P

['Hai Lan. Ingat tak kita main rounders sama-sama masa kecik dulu??']
Harus ke? Hahaha.

Suara dia sedap kan? Lazat gitu.

Tapi dia bukan juara AJL.
jadinya titik.
[Penuh dengan ketawa!]

...

Wohooo.

Aku sangat setuju bila Yuna menang.
Iya. Aku tau no.2.

Menang jugak pe!

Persembahan Yuna sangat-sangat-sangat best!
Ditambah kegeraman tika dia menyebut oh bulan tu beberapa kali.
[Bila dia ni nak mula nyanyi ni. Oh bulan saja dah lebih 3 kali.]
Penuh dengan ketawa.

Secara jujurnya.

AJL kali ini memang wajib dipuji.
Semuanya best!


Gambar dicilok dari http://www.manggaonline.com.my


BisikBesar: Aku tidak dibayar oleh tv3 mahupun Yuna.

Futsal meringankan tekanan. :P

Oke.

Kisah ni tentang sabtu yang lepas.
Aku bertemu kembali dengan kawan-kawan opis lama.

Rasanya sangat laen.

Hepi!

Mengisi masa bersama dengan menyepak punggung emmy hawa.
Hahaha.

Err.
Aku main futsal jela. Haih.
Main dalam hujan. Aku agak gusar sedikit. Memikirkan baru oke dari demam.
Ampun ek kawan-kawan, aku lambat naik. [masuk 'padang' oke.]
Penuh dengan ketawa.

Serius, aku sangat lega. Macam suatu tekanan aku dapat lepaskan. [bukan kentut oke.]
Hahaha.

Ehem, aku dapat tembusi gawang gol pihak lawan beb!.
3 kali oke.
:P

Buat Noni, Emmy, Kak Su, Wan M & Anakonda.

Wan M: Hang pegang posisi penjaga gol saja lah oke :P
Noni: Stamina banyak lah! Tahniah! :D
Emmy: Kau gergasi kami! Hahaha.
Kak Su: Ni geng belah mana sebenarnya ni? :P
Anakonda: Hang la pertahanan dikala aku bertukar kepada penjaga gol! Terima Kaseh!

Penuh dengan ketawa!



Kalian memang best.




Punya teman yang baru, teman yang lama usah dilupakan.



BisikBESAR: Penuh dengan ketawa aku ganti dari LOL. [Penuh dengan ketawa!]


Jan 6, 2010

Entri lambat. [yana bertunang.]




Aku hanya suka-suka hati menembak.

Aku suka-suka rasa mau mempamerkan nama ini.

|| kita.kenyitmata ||

Moga arah tuju kali ini diberkati.
Ehem, dan moga kalian tertawan hati dan memberi rezeki kepada kami.
Muahahaha!

Yana. Tahniah buat ke lapan ratus kali!


bisikBESAR: Ija dan kak azi, pelan-pelan kita kayuh yuk!


Jan 3, 2010

Selamat muncul 2010!


Selamat muncul 2010.


Permulaan yang baik-baik, pengakhiran yang bagus-bagus.
Kisah lama dikambus dalam-dalam, dipandang sekadar untuk peringatan.

Untuk teman-teman yang bahagia, aku doakan kalian terus bahagia.
Untuk sahabat-sahabat yang dirundung duka, aku doakan kalian punya semangat yang tidak kalah.
Untuk insan-insan yang mahu bahagia, aku doakan kalian ketemu jalan itu.

Dan mari kita terus tersenyum, untuk terus menyulam buih-buih bahagia!

Bisikbesar: Aku bahagia dan mari semua bahagia!