Sep 16, 2009

Membeli dan blah. [atas nama tidak mampu!]


Kelmarin aku dengan adik-adik aku merewang ke Jalan TAR. Mencari tudung untuk dipadanan dengan baju [kurung] raya.
Paking Gen2 dalam perut Sogo.
Langkah tergendala diluar Sogo kerana melihat selingan daripada En Halim.
Dengan berbekalkan 'healer' [betul ke ejaannya?]@ pembesar suara, pen 'marker' dan white board kecil dia langsung melaungkan 'kuliahnya'.
Entah. Siapa die sebenarnya aku tak konfiden tau sangat.
Tapi nampak die seperti seorang pemikir.
Memikirkan jalan pintas dalam menyelesaikan masalah subjek matematik.

Dan bila terasa kaki mulai sengal kesan dari berdiri lama, kami melangkah dengan meneruskan niat asal tadi.
Gila lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini!
:puteh_20:

Kami mencari-cari kedai yang selesa. Maksud aku selesa dari segi harganya. Miahaha.
Malangnya, ada penjual tudung yang melayan kami rupanya tidak mampu berpuasa.
:puteh_1:

Bukan hal biasa sebenarnya kalau kaum lelaki yang tidak berpuasa.
Mereka memiliki kudrat yang berganda daripada kaum perempuan. Kenapa tidak kudrat yang ada digunakan dengan sebaiknya?
[aku masih tiada kefahaman tentang hal yang berkenaan!]
:puteh_10:
Cuba fikir alasan apa agaknya yang boleh kalian terima daripada golongan manusia seperti ini.

Hmm.
Sambung kisah tudung tadi.

Tudung yang aku beli kali ini ikut mata dan hati aku je. Mana yang aku suka. Bukan bergantung pada baju raya. Hawhawhaw.

Memang kopak. Simpanan dalam poket rabak.
[Kewangan masih tidak stabil! Arghh!]

Tapi raya tetap raya. Soping tetap soping.
:puteh_19:

Dan kami pulang selepas setel belikan baju untuk bonda dan adik bongsu aku.

Aku terus menahan geram kala memandang papan harga dicelah-celah jeans berjenama itu.
Kali ini benar aku tidak mampu!
Arghhh!
:puteh_15:


Bisikkecil: moralnya ialah simpanlah duit dikala ada. >_<

10 comments:

UmmiSyarni said...

bila kak u update ni.kol7.15 tgk xupdate lg.cam bleh baca fikiran umi je.huhu...

acik ayu said...

ch0ch01ic : amboih. siap nyatakan time lg tu. haha. bley la cket2 bc. ahaha riak plak

nabnab said...

duit memang laju je kalau dibelanjakan
macam air terjun jatuh

selamat berkenalan juga acik ayu ;)

Myn said...

hahahaha jenama apakah jean yg tidak mampu itew.
membeli belah x hajak....cessssssssh! Jom membeli belah lagi sambil membelah ape yg patut

Anonymous said...

hehehheheh..
betol2..
simpan la duet sebelom raya..
:p

Aida said...

eee....x suke betol lelaki tak puase lepas tu perasan bagus perasan tough perasan hebat. ceit...
rase nk sula @_@

acik ayu said...

nabilA : hehe. mengalir same cam air terjun! :P

acik ayu said...

Emynz : jenama diesel je, tp giler lawa kak meennn oiii. :P hahaha

acik ayu said...

- rOxY -: menyimpan sebelum disimpan. eh apekah?miahaha

acik ayu said...

Ms. Aida Yusof : x suke kan? menyampah. rase nak rejam. aida sile sula ok. haha