May 2, 2009

Pandai ke memasak?



Sekadar bahan bacaan, bukan bersifat perkauman atau memihak kepada sesiapa....



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita didapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan pula.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
:puteh_22:




Bisik kecil: Err, memasak bukan misi utamaku lagi.

:puteh_23:

14 comments:

Ms. Aida Yusof said...

popuan silap siket, dh kecoh 1 donia... kalau guys? ermmmmmm

acik ayu said...

Ms. Aida Yusof : mcm 1 dosa besar kan bile tang silap pompan tu? xphm.

Fairuz Selamat said...

already followed urs.... tq.!!

b.a.d.r.i.s.h said...

alah..tak sumer laki camtue.....jgn kerana satu titik nila, rosak susu sebelanga...lagi pon, bgs pe bljr masak..bukan soh g berperang pon! huh!

ch0ch01ic said...

dah kawen nnt kalo selalu masak akan jadi pandai dengan sendirinya.contoh dah ade depan mata la kak u(ehemm..naik lif tekan sendiri lah ye!).haha..

acik ayu said...

Fairuz Selamat: Yeahhh. thnx Fairuz!

acik ayu said...

b.a.d.r.i.s.h : kebanyakan nye begitu la badrish! Yang tidak pun, mebi la 1 dalam 10000. haishh, mmg la bagus. sekarang memperkatakan tentang beza la. Haiya

acik ayu said...

ch0ch01ic : keh3, tau. tapi mulut2 yang suke memperkatakan tu. membezakan tu. haiya, nape olang aaa suke kutuk perempuan saje.

:: azrul hazri jantan :: said...

wahaha..isu panas =)
tapi mmg betul,x semua pompan cenggitu and x semua laki cenggitu..soal tentang masak + imam nie hanya akan kantoi selepas kawin..apa yg penting sbnrnya ialah galakan seorang isteri utk suaminya mnjadi imam,dan galakan seorang suami utk isteri memasak di dapur..dua-dua ada peranan.. ;)

ch0ch01ic said...

orang yg suka kutuk pompuan tu dia xmau kawen ngn pompuan.dia nak kawen ngn laki yg perfect mcm dia.

acik ayu said...

:: azrul hazri jantan :: : betol3. bkn tau nk komen je kan? tau nk merendah2 kan je. sokong incik!

acik ayu said...

ch0ch01ic : ahahhaa. lagiiii btol la ummi. wah kebizian membuatkan kamu makin petah ke ummi?
ahaks

qistory said...

ada member mahu bakal isterinya perfect segalanya. bekerjaya dlm masa yg sama boleh uruskan rumahtangga, pandai masak, pandai agama, kiranya pandai serba serbi la. tapi dia, hanya Tuhan yg tahu betapa tunggang-langgangnya hidup dia. memang la bekerjaya besar tapi...dia hanya nampak dunia saja, akhirat memang takde dlm hidup dia. enjoy till eternity. itu dia 5 thn lepas, skang pun masih sama juga.

acik ayu said...

qistory: see? 1 bukti lagi. haihhh. tak sedar dek untung!