"Panas, panas.
Nama kau naik lah kali ni."
Bilang kawanku.
Tiada reaksi baru dari aku.
Bergelodak rasa.
Iyalah, iyalah.
Aku saja yang paling jahat.
Pemalas pun aku.
Selalu main game pun aku.
Curi-curi keluar waktu bekerja pun aku.
Layan cerita di opis sah-sah aku lagi.
Keluar tengok wayang masa bekerja pun aku.
Kerap sentuh facebook pun aku.
Pulang lewat dari mencari makan diluar pun aku.
Langsung aku juga yang dicap paling kuat tidur!
Arghhhh!
Dan aku paling kuat bikin kesan bunyi 'snort rules' dalam opis!
Haih.
Aku lah makhluk tuhan yang paling bertuah kerana tidak dipanggil untuk membela nasib diri!
Bisik KUAT: Hebat kan?
No comments:
Post a Comment