Apr 21, 2009

Salah bangau kah?


Kalian mesti pernah dengar lagu ini. Lagu kanak-kanak yang kita pelajari dari sekolah dulu.

Dan ianya dulu hanya sekadar satu nyanyian penghibur hati.


Sebenarnya lagu ini membawa maksud yang mendalam. Menggambarkan sikap dan mentaliti orang-orang Melayu kita.


:puteh_5:


Mari, aku ingin berkongsi semula lagu semasa kita kanak-kanak dahulu.


Bangau, oh bangau,

Kenapa engkau kurus,

Macam mana aku tak kurus,

Ikan tak mahu timbul.

Ikan, oh ikan,

Kenapa kau tak timbul,

Macam mana aku tak timbul,

Rumput panjang sangat.

Rumput, oh rumput,

Kenapa panjang sangat,

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku.

Kerbau, oh kerbau,

Kenapa tak makan rumput,

Macam mana aku nak makan,

Perut aku sakit.

Perut, oh perut,

Kenapa engkau sakit,

Macam mana aku tak sakit,

Makan nasi mentah.


:puteh_19:


Huh, tabiat suka menuding jari ke muka orang lain apabila melakukan kesalahan.

Kononnya jalan yang paling mudah bagi mereka untuk melepaskan diri.


Ahah! Sunggoh memalukan.


:puteh_22:





7 comments:

aku said...

ishh..sggh xpatut.
nanti memakan diri..

aZZa said...

tatau ke manusia2 tu mmg mcm tu.. tu yg dinamakan 'profesinalisme' dorg kot..
tak perasan?
banyak dah isu semuanya penyelesaian dgn tunding jari pada org lain..
lumrah manusia..

gr33nl3ave said...

betul...1 jari tuding kat org...lg 4 jari tuding kat diri sendiri

Anonymous said...

apa ley wat, janji aku lepas (biasa org ada kuasa ciput)

acik ayu said...

aku : dunia trus berputar. kdg2 diatas kdg2 dibwh. bile agaknya turn mereka kann?

acik ayu said...

d.O.n.A.t: semakin 'perasan' keadaan itu sekarang!

acik ayu said...

gr33nl3ave: mereka x cukop jari kot?dlm erti kata laen, jari mereka 1 saja. ahaks
Anonymous:kuasa ultraman je. jap lagi ilang la. alaaaahai