Nov 26, 2008

A1


Wenggggg uuuuuuuu...Sekali berdesup daaa. Ahaks. Pekak telinga aku buat seketika waktu. Suria dan Ikhwan sempat menyumbat kan tisu ke telinge. Aku pulak leka merakam gambar kereta2 A1 yang dari tadi asyik nampak kelibat ekornya kereta sahaja. Adus pening kepala ku lagi. Maklum lah sengal tahap polis bantuan kat JPM. Terdetik dalam hati, "Kalau la si Fitri ada, kan senang". Haha akan ku gunakan segala kepakaran beliau. Terasa tanduk mulai tumbuh perlahan-lahan. Ngeh ngeh ngeh!
Aish, kali ni pasti jadik punya. Akhirnya setelah telinga kian bebal dek bunyi yang bising, aku berjaya juga merakam 'seekor dua' kereta A1. Haaa tapi jangan sesekali mengharapkan gambar yang cantek. Haha.
Sesudah itu, aku mengerling ke arah Ikhwan dan Suria sebagai tanda "Jom Berambus". Kami menghabiskan masa dengan menangkap beberapa keping gambar lagi diluar sana (betul ke ayat gua neh??!).
Kesimpulannya, "Outing" kali ni membuatkan aku rasa rileks. So, Suria dan Ikhwan, 2 bulan sekali ke nak "outing" gini lagi? Haha. Hanya aku dan Mek Suria sahaja yang tahu. ^_^!





(yang 1 neh Suria edit sendiri)


P/S: Takziah kepada keluarga Maira diatas pemergian bapanya pada Isnin yang lepas. AlFatihah



No comments: