Aug 18, 2008

Yang Mane 1?





Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk
menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa
dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan
tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita
meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang
yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa
jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat
kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan
ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka
kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki
lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia
ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta
secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk
berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi,
indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak
lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak
akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini
adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak
selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak
selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan
menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana
perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh
kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati
yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara
biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,
namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu
akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.
Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang
boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya
terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,
pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara
sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,
apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di
dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada
kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain
seperti sukan atau di tempat kerja.

2 comments:

kaYu said...

sagitarius tetap the best.... wahahahahahaha

whohaseverything said...

konpius laaa.
sape kayu neh?
huhu.