Sep 28, 2009

Lebih kurang.


Dulu punya al kisah.
Bertempat di hujung majlis kenduri kahwin.
3 orang sepupu, berumur sekitar 6tahun hingga 10tahun

Nini: Eh jom tengok penantin tu!

Wawa: Oi...Perantin la. Penantin plak??[muka konfiden tu, tak boleh blah siot.]

Joji: Dua-dua salah la! Pengantin. Pelat betol! Haih.


Tahun 2009.
Dalam kereta, beraya ke sri menanti Muar.
2 orang yang serupe, seorang watak baru.

Momo: Kang kita nak pegi mana wawa? Sri Melati ek?

Wawa: Tak lah. Sri Meranti la. [muka masih konfiden lagi.]

Joji: Hmff, Kau ni sama je cam dulu. Sri Menanti la. Hadoii!
[Terimbas kisah lalu, lalu gelak]

:puteh_22:

Bisikkecil: si wawa masih dijadikan bahan sehingga ke hari ini. miahaha! watak bukan nama sebenar ye,harap maklum!

Sep 27, 2009

Malang memang tidak berbau..





Kaki aku terperosok ke dalam lobang salur air tersebut!

Sampai keting kaki aku tuuu.

Bengkak siot.
Dem.




Sep 24, 2009

Purple itu best?




Kali ini aku dapat beraya di Muar, berbanding tahun lepas langsung tak jejak beraya di kampung.
Jangan tanya lah sebab apa.
Alasan yang serupa.
Miahaha.

Sebelum gerak ke kampung, 'try' baju raya dulu.
Sekali baju raya tak menjadi la.
Adus.
Jangan kau pikir kuih aje tak menjadi!
Bengang.

Takdak rejeki nak sarung baju raya kaler pink.
haha.

Jadinya: tahun ini tukar kaler tema.
iaitu, tet tenet tenet!
Purple!
Tahniah.
[apekah?]
Haha.

Kau pikir kaler purple itu best?
Aku pikir sangat best.
Haha.
Kebetulan nampak chantek je bila orang-orang sekeliling ku di kampung bertemakan kaler itu jugek!
Haih.


Tapi aku rasa sangat-sangat best bila dapat kumpulkan sedara mara, sepupu sepapat bergambar bersama.
Harap Maklum, kekadang ada orang tak suka bergambar.
Haha. sesungguhnya orang itu berada dalam kotak kerugian.
:P

Dan kala malam bulan mengambang,
[mengambang ke?]
Aku dan para sepupu mulai lepak di pusat karaoke.
KTV di bandar Muar.
Punya la mahal. RM40 untuk 1jam+wajib beli 1jag air.
[Apekah?]
Cukup ke 1jam untuk 9 orang rakyat menSumbangkan lagu??
[aje gile!]
Makanya, tambah lagi 1jam!

Haih.
Rasa berbaloi-baloi bila gelas terpecah. Jangan Salahkan sepupuku.
Tapi berbaloi la tu untuk RM40.
Tahniah sepupuku Am.
Miahaha.

Dan aku terpaksa pulang pada petang raya kedua.

Lupa nak tepek tadi.
Aku dapat duit raya lagi oke.
Hahaha.
[gelak sambil mencekak pinggulang]

Sekian para penontonnnn.
[erk]

Bisikkecil: Pada yang jeles dengan semua entri hari raya, sila jangan baca. aku benci.

Aminnnnn!



Semoga aku tenang-tenang dari pukul 7.30pagi hingga 7petang hari ini.

Amin!!


Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya.


Waduh.
Aku sangat penat tika ini.
Kemas umah, cat umah, semua untuk sambutan hari raya!
:minimo_06:

Macam keje kat opis aku dah rasenye.
Keje 12jam.
Tak dapat tido malam.
:mPening:
Ahhh.

Sebenarnya aku dah nak tido ni.
:minimo_33:
Belum lelapkan mata dari siang tadi.
Harap maklum


Tapi gatal plak nak update blog seketul ni.
har3.

Hmm.
Untuk yang menjenguk blogku ini,
aku ucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan

Maaf dipinta jika aku terlalu pantas melakukan kekhilafan.
:minimo_31:

Aku selitkan salah satu bukti yang aku ini seorang budak yang rajin!
yiehaaaaaaaaaaa!!





Bisikkecil: Aku nak balik kampung Muar. Best ke?
:mThinking:

Sep 16, 2009

Membeli dan blah. [atas nama tidak mampu!]


Kelmarin aku dengan adik-adik aku merewang ke Jalan TAR. Mencari tudung untuk dipadanan dengan baju [kurung] raya.
Paking Gen2 dalam perut Sogo.
Langkah tergendala diluar Sogo kerana melihat selingan daripada En Halim.
Dengan berbekalkan 'healer' [betul ke ejaannya?]@ pembesar suara, pen 'marker' dan white board kecil dia langsung melaungkan 'kuliahnya'.
Entah. Siapa die sebenarnya aku tak konfiden tau sangat.
Tapi nampak die seperti seorang pemikir.
Memikirkan jalan pintas dalam menyelesaikan masalah subjek matematik.

Dan bila terasa kaki mulai sengal kesan dari berdiri lama, kami melangkah dengan meneruskan niat asal tadi.
Gila lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini!
:puteh_20:

Kami mencari-cari kedai yang selesa. Maksud aku selesa dari segi harganya. Miahaha.
Malangnya, ada penjual tudung yang melayan kami rupanya tidak mampu berpuasa.
:puteh_1:

Bukan hal biasa sebenarnya kalau kaum lelaki yang tidak berpuasa.
Mereka memiliki kudrat yang berganda daripada kaum perempuan. Kenapa tidak kudrat yang ada digunakan dengan sebaiknya?
[aku masih tiada kefahaman tentang hal yang berkenaan!]
:puteh_10:
Cuba fikir alasan apa agaknya yang boleh kalian terima daripada golongan manusia seperti ini.

Hmm.
Sambung kisah tudung tadi.

Tudung yang aku beli kali ini ikut mata dan hati aku je. Mana yang aku suka. Bukan bergantung pada baju raya. Hawhawhaw.

Memang kopak. Simpanan dalam poket rabak.
[Kewangan masih tidak stabil! Arghh!]

Tapi raya tetap raya. Soping tetap soping.
:puteh_19:

Dan kami pulang selepas setel belikan baju untuk bonda dan adik bongsu aku.

Aku terus menahan geram kala memandang papan harga dicelah-celah jeans berjenama itu.
Kali ini benar aku tidak mampu!
Arghhh!
:puteh_15:


Bisikkecil: moralnya ialah simpanlah duit dikala ada. >_<

Sep 15, 2009

Dengan Harapan!



Dengan harapan.
Minggu ini akan membawa perkhabaran yang enak.
Untuk poket ku yang semakin kegelisahan.
Untuk hatiku yang kian rabak.
Melihat mereka berhati girang menjulang wang.

Miahaha!


Duit duit dimana kau duit!
:puteh_26:

bisikkecil: gambar itu adalah hiasan duniawi semata-mata. [lol]



Sep 12, 2009

Mari rebut peluang!


Tanda kedatangan Lailatul Qadar

:puteh_1:

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

  • Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

  • Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

  • Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

  • Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

  • Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

  • Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan

  • Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

    Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

  • Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

  • Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

    Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

  • Diamek sebijik sebutir dari: http://www.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/RehalRamadan/20090820180025/Article/


    Bosan aku dengan penat.


    kulari ke hutan kemudian menyanyiku
    kulari ke pantai kemudian teriakku
    sepi, sepi dan sendiri aku benci
    ingin bingar aku mau di pasar
    bosan aku dengan penat
    enyah saja kau pekat
    seperti berjelaga jika kusendiri

    pecahkan saja gelasnya biar ramai
    biar mengaduh sampai gaduh
    ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
    kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya biar
    terdera
    atau aku harus lari ke hutan
    belok ke pantai?"

    bosan aku dengan penat
    dan enyah saja kau pekat
    seperti berjelaga jika kusendiri...

    :girl_5:

    Mau lagu ini? nah --> klik!



    Persoalan dari aku: siapa tau kord puisi ini?? jangan angkat tangan. tapi sila tampalkan di kotak komenku ye. terima kasih ^^


    Punah.



    :girl_3:

    Mau soping.
    Tapi jumlah duit kian merundum dengan jayanya.
    Aku mengalami masalah ekonomoney!

    :girl_1:

    Waaaaaaaaaaaaa!

    Encik CEO tiada rasa simpati kepada kami kah?
    :puteh_25:

    Bisikkecil: Harapan berkecai?haih.

    Sep 11, 2009

    Terima Kasih!


    :minimo_42:
    Dapat tak apa yang nak aku sampaikan??

    Terkejut aku.
    Terharu.
    :minimo_12:

    Ratusan terima kasih.
    Walau hal ini tidak seberapa bagi kamu.

    :minimo_30:

    Bisikbesar: JANGAN JEMU INTAI KISAH AKU LAGI.





    Sep 8, 2009

    Kalian boleh!




    Untuk Aqa atau name sebenar Amirul Afiqah, sepupu aku dan adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR pada pagi ini.
    Semoga berjaya dan lakukan yang terbaik!
    :girl_4:

    Chaiyok!!


    Bisikkecil: Aqa, acik doakan yang terbaik buat kamu!