May 22, 2010

Shahir tetap menang.


[hai Shahir. ^^]


Eh banyak gila spam kat kotak komen aku!
cis.


owh, malam ni wa nak tengok shahir jadi juara AF8.
[yakin sangat kot.hahah.]

Dulu wa ingat Ain kot. Takde naseb la lu Ain.
Takpela. Wa rasa lu hebat sangat kot. Konpem senang mau naik nanti.

Rezeki ada dimana-mana ye tak, lu orang?
Bezanya lambat, cepat.
Setakat mana usaha kita.
Kalau lambat, itu dugaan.
Kalau cepat, itu memang tuah lu.

Hidup memang selalu kena fikir positif.
Kadang-kadang memang kita down. [pergi turun turun turun.]

Cuba bawa diri lu orang kejap. Pergi la mana-mana lu orang nak.
Tenang-tenang.

Bila negatif datang kacau je, cepat-cepat carik kawan-kawan atau benda-benda yang positif.
Lu baca blog orang ke. Haha.
[wa pon baca blog orang kalau turun turun turun.]

Lu gelak-gelak ke. Bos kat depan pelik tengok lu gelak. [pedehal kan. hahah]
Lu ajak join jela.

Orang kata wa gelak kuat. Ah oke pe, dari orang kata wa kuat kentut.

Serius beb, gelak boleh turunkan stress.
Serabut pun lari setempat kalau lu suka gelak.
[Maksudnya, serabut tak lari mana pon selagi kita tak setelkan cepat masalah tu.
Masalah boleh setel. Cari jalan penyelesaian laju-laju oke.]
Paling tidak pun, serabut dan tekanan berkurangan.

Kawan-kawan wa banyak membantu jugak la kan.
Wa takde dah kawan-kawan yang menyakitkan hati.
[harapan tinggi tu.hahah]

Selagi hidup,
Buat je apa lu orang suka.
Tapi ada tapi,
Hidup mesti ada sempadan, batasan.
Jangan melampau, awas parapap awas.

Oke la.
Kang tercarut lebih.


Bai.


bisikBESAR: Jangan kecewa lebih-lebih la beb. chill!

May 19, 2010

pergi turun turun turun.



Yo no soy yo. yak ak auw.
Dem.
Going down down down.




alih bahasa: i am not myself atau ku bukan aku.



May 17, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu.



Selamat pagi. Hai.
Makin lama makin jarang wa apdet entri blog.
Wa bukan penulis tegar.
:D


Wa tak tau nak stat cerita dari belah mana.
Kalau pasal diri wa. Oke. Kadang-kadang rasa 'turun' [down]. Bukan sebab tak kawin lagi [orang selalu kaitkan wa dengan fakta ini.] Tak kuasa i.[eh.] Hidup bukan untuk kawin saja oke. Tapi kawin itu wajib. Itu bila dah ketemu pasangan dan sudah mampu dari segala segi.

Eh.
Oke. Tuka topik.

Piala Thomas. Kalah, oke. wa bole terima wat.
Lagipon bukan melayu yang main. Try budak-budak melayu yang main.
Yang semangat macam anak-anak arwah pakcik sidek.
Yang tak warnakan rambut.
Eh sebab apa wa kaitkan dengan point tu?
Entah, sebab kalau solat nanti tak sah kot.
Hahah.
Padahal wa pun pernah warnakan rambut je kan. Cerita 8 tahun dulu.
:P

Wa lupa nak selitkan pasal neo.

Kesian dia. Eksiden 2kali.
Pertama kali, di balakong.
Kedua kali, di tiang garaj.

Harap, takde dah ketiga kali, kelapan kali ke.
Minta jauh dari persimpangan dilema.
Dapat merasa camne nak setelkan sendiri hal-hal urusan baiki kereta.
Takde la sepenuhnya mengharapkan bantuan lelaki je kan.
Gagah kan wa?
:P
Tapi jangan belagak sangat sampaikan tolak pertolongan insan yang terlebih kudrat tu kan.
Boleh je. Tak dose. Selagi tak gedik.
hahah.

Rasanya ramai kawan wa nak kawin bulan depan. Cuti sekolah. Biasalah. Bila lagi nak gunakan cuti sedara-mara, anak buah, anak tak buah kan?
Hahah. Seronok je wa rasa. Betol tak?
:P

Selamat Pengantin Baru buat Azi, Wan Nazarina [beb, lu langkah bendul wa ni.chais!], Moo [sori beb, tak dapat datang kenduri lu.] dan siapa-siapa lagi la yang tak jemput wa.
Takpe wa ingat sampai mati.
hahah. Ape kes.

Sudah la ek. Wa rasa idea berterabur ni. Lagi-lagi tak dapat join kawan wa pegi holiday. Sabah plak tu. Dem.
Korang jaga diri baik-baik la ek.

Tajuk memang lari dengan isi. hahah.

bisikBESAR: apedehal wa nak tuka kata ganti diri wa. hahah.

Apr 25, 2010

Semua telah ditentukan.

Bergetar rasa hati bila dengar perkhabaran tentang pemergian achik. Sedih. Ketika itu aku dilangkawi. Berseronok, dan kemudian tersentap menerima hakikat ini. Aku membesar diiringi dengan lagu-lagu arwah. Sepupu aku pula selalu dikaitkan dengan achik. kononnya mereka seiras. :) Dulu aku pernah merasakan arwah dengan penyanyi nana sesuai bersama. Sebagai pasangan kekasih mungkin. Ini cerita dulu oke. :) dan diari romeo filem lakonan arwah, juga aku ikuti. Biarkan mereka yang berkata taste aku ntah serupa apa. Tapi aku sebenarnya menghargai bakat arwah.

Sehingga ke hari ini. Sebak masa aku terasa tiap kali terlihat wajah, lagu dan segala cerita tentang arwah. Terlalu cepat. Tapi itulah kenyataannya. Ajal dan maut sudah ditentukan Allah.







Moga keluarga achik tabah menghadapi dugaan sekuat ini.

Al-Fatihah.

Juga untuk mereka yang sudah pergi.


BisikBesar: kesemua gambar ini aku gugel dan dari ohmalaysia.com.






Mar 19, 2010

bukan untuk sementara.


Lama sudah tiada rasa untuk menulis lagi. Aku langsung tidak ketahuan punca. Hilang punca mahupun hilang rasa.
Cukup kiranya aku perhatikan saja tingkah manusia disekelilingku. Muak ku rasa dengan kisah-kisah manusia yang hidupnya bertunjangkan nafsu dan memuliakan kepentingan diri. Dan aku masih dan terus berharap semua kisah jahil ini akan berhenti.

...

Sejak beberapa minggu lepas, ingatanku berputar dengan lekas tentang kesemua memori lalu. Selepas aku makin rajin berbual dengan salah seorang teman baru ku. Dia membuatkan aku makin rindu dengan ikatan persahabatan yang pernah terjalin sepanjang 11 tahun yang lepas. Sama ada persahabatan yang masih kuat dengan persahabatan yang tidak menjadi. Bila aku tekan kan persahabatan yang tidak menjadi ini. Serius bikin aku menjadi sedih.

Kadang-kadang, kita selalu fikir kawan hanya untuk ahli sementara dalam hidup. Dan itu tidak berapa penting. Datang yang baru, kawan yang ada disebelah senang dilupakan. Kawan-kawan yang agak baru itu dilambung tinggi dan disebut-sebut selalu. Maka kawan kita yang disebelah ini tiba-tiba saja dimatikan wataknya, terus sesekali dilabel sebagai suka menjadi ketua dan
menguasai segala cerita dalam persahabatan. Tiada logikal bukan? Tapi itu yang berlaku.

Kita selalu mengharapkan yang terbaik dari kawan-kawan kita, tapi bagaimana dengan kita sendiri? Terbaik dari ladang kah servis yang diberi?? Tetapi jika kita sudah terlalu pasti dengan kebaikan yang telah kita berikan sehinggakan menjadi sebutan dikalangan manusia-manusia sekeliling, jadinya tahniah! Memang kau yang terbaik. Memang kau sudah memberikan yang terbaik, malangnya kau bertemu dengan manusia yang memandang ringan dengan erti persahabatan. Sungguh malang, dan betapa malangnya manusia yang tidak memandang tinggi dengan ikatan ini.

Kalian yang sering dianiaya, dipergunakan dan dilupakan,jangan senang-senang putus asa mengenali manusia yang boleh dijadikan kawan. Bertambah untung , dengan sikap mereka yang tiada gunanya itu, kita beroleh melakukan kebaikan. Mudah-mudahan.

Anggaplah persahabatan ini terdiri dari pelbagai manusia yang hebat. Aku, kau, dan kalian yang mengenali ikatan ini. Makanya kita tidak akan menyesal dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.




Dan andai ada pihak yang terasa, baguslah.
Dan andai ada pihak yang tidak terasa, baguslah.

Hahaha.
Maaf.


Persahabatan bukan untuk sementara, tapi sampai mati.


bisikBESAR: Ayatku sedikit harr. Kesan dari sudah lama tidak menulis <--kaver!


Mar 8, 2010

Selamat Hari Wanita!



Selamat Hari Wanita.













Eh.

Silap-silap!

Sekali lagi,

Selamat Hari Wanita!





Maaf silap tadi!



Hahah!

bisikBESAR: saja carik pasal. ketawa besar! Anuar Zain kiut kan? Tak kawen lagi tuuuuuu! Promot Anuar! hahah!
:P


Mar 1, 2010

Penutup Februari



Aku bersama Nadia AF

Suria, Syawal AF dan aku ^^

Kelab peminat Fauziah Latiff :D


Dipenutup bulan Februari 2010.
Semalam yang indah.

.
.
.




Hai. Selamat datang bulan Mac.

bisikBESAR:Moga semuanya baik-baik saja.