Lama sudah tiada rasa untuk menulis lagi. Aku langsung tidak ketahuan punca. Hilang punca mahupun hilang rasa.
Cukup kiranya aku perhatikan saja tingkah manusia disekelilingku. Muak ku rasa dengan kisah-kisah manusia yang hidupnya bertunjangkan nafsu dan memuliakan kepentingan diri. Dan aku masih dan terus berharap semua kisah jahil ini akan berhenti.
...
Sejak beberapa minggu lepas, ingatanku berputar dengan lekas tentang kesemua memori lalu. Selepas aku makin rajin berbual dengan salah seorang teman baru ku. Dia membuatkan aku makin rindu dengan ikatan persahabatan yang pernah terjalin sepanjang 11 tahun yang lepas. Sama ada persahabatan yang masih kuat dengan persahabatan yang tidak menjadi. Bila aku tekan kan persahabatan yang tidak menjadi ini. Serius bikin aku menjadi sedih.
Kadang-kadang, kita selalu fikir kawan hanya untuk ahli sementara dalam hidup. Dan itu tidak berapa penting. Datang yang baru, kawan yang ada disebelah senang dilupakan. Kawan-kawan yang agak baru itu dilambung tinggi dan disebut-sebut selalu. Maka kawan kita yang disebelah ini tiba-tiba saja dimatikan wataknya, terus sesekali dilabel sebagai suka menjadi ketua dan menguasai segala cerita dalam persahabatan. Tiada logikal bukan? Tapi itu yang berlaku.
Kita selalu mengharapkan yang terbaik dari kawan-kawan kita, tapi bagaimana dengan kita sendiri? Terbaik dari ladang kah servis yang diberi?? Tetapi jika kita sudah terlalu pasti dengan kebaikan yang telah kita berikan sehinggakan menjadi sebutan dikalangan manusia-manusia sekeliling, jadinya tahniah! Memang kau yang terbaik. Memang kau sudah memberikan yang terbaik, malangnya kau bertemu dengan manusia yang memandang ringan dengan erti persahabatan. Sungguh malang, dan betapa malangnya manusia yang tidak memandang tinggi dengan ikatan ini.
Kalian yang sering dianiaya, dipergunakan dan dilupakan,jangan senang-senang putus asa mengenali manusia yang boleh dijadikan kawan. Bertambah untung , dengan sikap mereka yang tiada gunanya itu, kita beroleh melakukan kebaikan. Mudah-mudahan.
Anggaplah persahabatan ini terdiri dari pelbagai manusia yang hebat. Aku, kau, dan kalian yang mengenali ikatan ini. Makanya kita tidak akan menyesal dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Dan andai ada pihak yang terasa, baguslah.
Dan andai ada pihak yang tidak terasa, baguslah.
Hahaha.
Maaf.
Persahabatan bukan untuk sementara, tapi sampai mati.
bisikBESAR: Ayatku sedikit harr. Kesan dari sudah lama tidak menulis <--kaver!

8 comments:
wahhh..panjangnyee nukilan rase ini..berkaitan apekah yg berlaku???lame xbergosip nih..hehe
suria: pnjg kan? aku saje je. sbb dh lama tak membebel. :P gosip kdg2 tak myempat nk citer. kejap sgt jumpe. hahah
hmm..maksud mendalam entry nie..huhu..lame tak jenguk blog akak nie..jalan2 :)
♥ balkidz_hunny ♥ : mendalam sebab dari hati. :P dh popular jgn lupe akak ek?hahah gud luck
setuju!
hee
salam ziarah...
manusia skrg sudah ramai mementingkan diri sendiri hanya untuk memuaskan hari sendiri & menguntungkan mereka sahaja hingga dalam sedar menganiaya sesama manusia walaupun org itu mereka pernah memberi harapan & kasih sayang..
semoga mereka yg menganiaya akan dibayar oleh Yang Maha Esa dengan bayaran yang setimpal atas apa yang mereka aniayakan..semoga dengan itu mereka akan sedar bahawa walaupun mereka terlepas dari dosa..tp mereka masih tidak lepas dengan Allah s.w.t..Maha Pencipta..
vidadarisakura : aku pon setuju :)
Live LiFe..LoVe LiFe.. : setuju. sgt2. ttpi mereka masih bahagia dgn apa yang berlaku. :)
Post a Comment