Petang tadi, tergerak untuk menonton program Al-Kuliyah.
Tajuk yang sangat menarik perhatian aku.
"BOIKOT"
Banyak persoalan yang timbul.
Antaranya tentang status para pekerja yang mencari rezeki di syarikat2 yang menjual produk2 Israel.
Ustaz tersebut memberi jawapan yang ringkas tapi padat.
Katanya, (lebih kurang@aku sempoikan terus) bergantung kepada tahap sensitiviti seseorang tentang kekejaman Israel dan semangat persaudaraan sesama Islam. Tapi hukumnya harus, (bukan wajib) untuk mencari peluang kerja yang lain.
Dan seterusnya tawakal dalam mendapatkan punca rezeki .
Beriman dan yakin dengan Allah.
Bumi Allah ini sangat luas.
Kuasa Allah jua sangat besar.
Boikot juga sebahagian dari usaha kita "infak" (mendermakan atau memberikan rezeki atau menafkahkan sesuatu kepada orang lain berdasarkan rasa ikhlas dan kerana Allah semata.) dalam membantu umat islam di bumi Palestin. Oleh itu, aku dan kamu harus berusaha ke arah itu.
Disini aku sisipkan kisah burung pipit untuk kita fikirkan bersama.
Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.
Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.
Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…
“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”
Burung kecil itu menjawab,
“Paling kurang, bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”
[Begitulah jua dalam usaha kita memboikot produk Israel yang jahanam itu]
Allahuakbar!
(Tiba2 aku rasakan takbir sangat sesuai dilaungkan disini tanpa ada rasa kepentingan dalam politik)
Hua hua hua [ada yang terasa ke?]
Tengok2. Usahalah ye kawan2. Aku pun. [Losyen kena tukar, KFC pun dah tak buleh makan]. Yang sudah terbeli tu, habiskan jelah. Tak elok membazir, cuma lepas ni jangan beli lagi. Hehehe.
Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.
Gambar diatas 'dipinjam' dan tidak akan dipulangkan semula dari:http://ntvirus.wordpress.com/2009/01/07/senarai-produk-yang-menyokong-israel-yang-perlu-kita-boikot/
4 comments:
~ tekak teringin burger king sbenanye.. tp demi keamanan saudara seagama, akn kugagahkn jua napsu makan ku ituh. huhu
Ms. Aida Yusof : aida, kak u pon sama. huhu. Tapi harus bjuang! chaiyok!!!
hehe..igt x k.u teman suria beli burger king lst 2week..mn ku tau termsk brg boikot..now thnx for the info..huhu
suria : suria, time tu gue pon xtau. hahaha.
Post a Comment