Dinihari kian ku rasa
Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta
Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
Kau tidak akan kembali lagi
Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya
Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku lafazkan oh kata cinta
Kini
Artist: Feminin
http://www.youtube.com/watch?v=yMK4Kwsi9v8&feature=related
Senyum. Gile best waktu itu. Senyum lagi. Langsung terimbas zaman budak-budak dulu. Zaman 90an. Hee. Kumpulan Feminin, Msteen, Res2, Freshies, ntah ape lagi agaknya. Lupe suda. Tu baru kumpulan remaja wanita. Kumpulan remaja lelaki? KRU, NICO, 4U2C, dan sebagainya. Sangat membuat aku teruja suatu tika dulu. Berangan-angan mahu punya kumpulan sendiri. Gelak besar bila teringat semula. Kumpul duet semata-mata untuk membeli kaset di pasar malam. Sanggup menunggu didepan televisyen untuk menonton program Hiburan Minggu Ini (HMI). Dulu, program ni memang popular sebab selalu menjemput artis-artis yang aku minati. Rentak tari mereka inila yang selalu aku tiru. Haa senyum lagi. =) Aku pasti mereka ini yang telah mewarnai sebahagian dari hidup aku suatu masa dulu memang payah untuk dicari ganti. Aku akan senyum dan terus tersenyum setiap kali 'melihat' video mereka ini semula.
2 comments:
uish, ni sume kump d zmn prasejarah neh... =p
prasejarah la sgt aida oiii.
haha.
Post a Comment