Sejarah LAMPE BERGER
En. Maurice Berger, pengasas Lampe Berger Paris adalah seorang ahli farmasi. Beliau telah mendapat ilham untuk merekacipta sesuatu produk yang berkeupayaan untuk memperbaiki kualiti udara setelah menyaksikan keadaan yang mengharukan di hospital dengan peredaran udara dan sistem ventilasi yang kurang memuaskan.
Setelah membuat kajian yang menyeluruh, beliau berjaya mereka satu produk yang berkeupayaan menyegarkan udara dan alam-sekitar yang menyenangkan. Minyak essential akan terserap dengan beransur-ansur dari bahang yang terhasil dari penunu pemangkin yang berupaya menghasilkan haba di bawah 60 darjah Celcius. Sementara itu, Ozoalcool Isopropyl Alcohol akan dilepaskan ke udara. Prosedur ini disahut sebagai innovasi baru pada era itu.
Minyak Essential Setakat ini terdapat 29 jenis minyak essensial yang berbeza. Mereka boleh tergolong ke dalam 5 kategori yang besar iaitu: Kebuahan, Rimba, Tonik, Kebungaan dan Oriental. Haruman dari kelima-lima kategori ini ada keistimewaannya yang tersendiri yang boleh menyenangkan dan mengembirakan penggunanya. Kandungan minyak essensial ini berupa 90% Isopropyl Alcohol, 3 – 5% minyak essensial semulajadi dan 5 – 7% air.
Kebaikan Dengan mengunakan Citronelle dan Lavender minyak essensial dari Lampe Berger, anda juga boleh melegakan sakit kepala dan migrain yang berpunca dari keletihan ataupun tekanan. Lavender juga mempunyai ciri–ciri yang boleh membawa kesan yang menenangkan dan mempromosi tidur yang nyenyak. Untuk keadaan tempat kerja yang baik, gunakan minyak essensial Oceane dari Lampe Berger kerana ianya boleh meningkatkan ketekunan dan tahap kesegaran para pekerja, ianya juga berfaedah kepada para pelajar. Untuk waktu senja yang romantik, Rose d’Iris mampu mencipta suasana yang istimewa itu. Oleh demikian, minyak essensial Lampe Berger ternyatalah memberi berbagai manfaat yang boleh membantu untuk anda memperolehi suatu kehidupan yang sihat dan gembira.
Phytocidere Kebanyakan minyak essensial yang dipetik dari sumber tumbuhan kaya dengan phytocidere. Pembakaran pemangkin berterusan pada suhu 60 darjah Celcius dari pelita Lampe Berger melepaskan phytocidere yang terkandung di dalam minyak essensial. Phytocidere juga dikenali sebagai agen melawan infeksi dan juga boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk dan serangga.
Ozoalcool Ozoalcool terdapat di dalam minyak essensial Lampe Berger dan bertujuan untuk membentuk ozon semulajadi di udara supaya kuman dan bau yang tidak menyenangkan dapat dihapuskan. Ianya boleh meningkatkan kandungan oksigen di udara sekeliling.
Barangan Hiasan Pengewap Lampe Berger kini dianggap sebagai objek mewah dan telah menjadi barangan koleksi yang bernilai. Ini adalah kerana kecantikan dan rekabentuknya yang estetik yang senang dipandang.
No comments:
Post a Comment