May 6, 2009

Lagu itu.



Lagu ni sangat-sangat menyentuh jiwa ganas aku.
:puteh_11:
Cuba la hayati.
[itu pun kalau kalian punya perasaan!]
:puteh_5:

Buat kawan-kawan yang pernah menyelongkar 'handphone' ku.
Inilah lagu itu.
Ianya pernah menjadi
nada dering 'handphone' ku.
Dan aku lanjutkan kini.
:puteh_6:
[hik]

May 5, 2009

Perhatikan dia.


Ape kelainannya video ini?
:puteh_10:

Kalian cari sendiri.
:puteh_1:
.
......
.............

Dapat?

Aku nampak lain pada Noh.
Nampak kemas.
Nampak mata.
Nampak wajah dia yang sebetulnya!

Haha!




Bisik kecil: Noh tu vokalis kumpulan Hujan.




May 2, 2009

Pandai ke memasak?



Sekadar bahan bacaan, bukan bersifat perkauman atau memihak kepada sesiapa....



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita didapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan pula.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
:puteh_22:




Bisik kecil: Err, memasak bukan misi utamaku lagi.

:puteh_23:

May 1, 2009

Cayalah Tomok!





YIEHAAAA TOMOK MENANG...!!!

:puteh_12:



Apr 30, 2009

Dina Barney!


Rindu.

Lantas hadir bila aku acapkali mendengar suara Dina yang ku rakam kan kelmarin.
Haih~~

:puteh_23:

Terngiang-ngiang lagu nyanyian Dina.
I Love You, dari program Kanak-kanak: Barney!


Cumil sangat bila budak kecil itu yang menyebut I Love You.
Ahaks.
:puteh_7:

Dan tadi aku hadiahkan Dina patung mainan Barney.
Mudah untuk dia peluk dan gomol.
:puteh_2:
Haha.

Berbanding dengan Barney yang 'melekat' dengan beg 'sekolanya' itu!

Kesian Dina.

Yang baru,
Haaa siap lagu lagi tuuu.
[Tekan perut Barney!]

:puteh_19:










Riang setelah dapat Barney yang baru! Yeaaaa!!
[Barney yang lama jangan lupa tau Dina]

:puteh_19:


Bisik kecil: Dina ialah anak abang sepupu aku.

Apr 27, 2009

Jumpa Kembali.






Tarikh: 25 April 2009
Tempat: Port Dickson
Masa: Pagi hingga Petang!


:puteh_23:



Bisik kecil: Kalian hebat. Terima Kasih.
:puteh_6:



Apr 23, 2009

Tuah ke aku?


"Panas, panas.
Nama kau naik lah kali ni."
Bilang kawanku.


Tiada reaksi baru dari aku.
:puteh_16:


Bergelodak rasa.
Iyalah, iyalah.
Aku saja yang paling jahat.
:puteh_20:

Pemalas pun aku.
Selalu main game pun aku.
Curi-curi keluar waktu bekerja pun aku.
Layan cerita di opis sah-sah aku lagi.
Keluar tengok wayang masa bekerja pun aku.
Kerap sentuh facebook pun aku.
Pulang lewat dari mencari makan diluar pun aku.
Langsung aku juga yang dicap paling kuat tidur!
Arghhhh!
Dan aku paling kuat bikin kesan bunyi 'snort rules' dalam opis!
:puteh_30:

Haih.
Aku lah makhluk tuhan yang paling bertuah kerana tidak dipanggil untuk membela nasib diri!
:puteh_14:


Bisik KUAT: Hebat kan? :puteh_25: