Aug 18, 2008

Yang Mane 1?





Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk
menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa
dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan
tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita
meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang
yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa
jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat
kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan
ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka
kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki
lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia
ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta
secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk
berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi,
indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak
lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak
akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini
adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak
selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak
selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan
menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana
perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh
kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati
yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara
biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,
namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu
akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.
Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang
boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya
terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,
pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara
sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,
apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di
dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada
kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain
seperti sukan atau di tempat kerja.

Setiap Wanita Adalah Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal
masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni SOGO sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu..
.adoi..gosok gigi...semayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak k
unci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g SOGO 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul
9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...



Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Aduyaii...





Aduyaiii...

Lambat gile aku sampai opis arini. Hua3. Kuar umah lambat so kesudahannye pulang pon lambat la. Pegi IKEA. Beli barang2 tuk umah. Meja Tv & kusi gedik2. ha3. Itu je yang sempat sebenarnye. Iye2 oOOoo je memilih tadi. Haha. Duetnye takla banyak mane pon. Angan2 jela mampu. hu3. Sian mak ^_~ Len kali kite pegi lagi la yee...Hmm tadi IKEA datang la gile. Tak bule anta lak barang2 yang kami beli tuh. Alasan : Tak cover. Muahaha. Kajang cover plak baiii?? Bukan ke lalu Langat dulu baru 'nampak' Kajang?? Hua3. Sudahnye aku & Mimi dok atas kotak meje Tv tersebut. Kih3. Mekasihla kat 'Bro' yang tolong angkatkan barang2 kami + kepade 'Makcik' yang memberi idea yang agak munasabah untuk posisi yang betol bagi kotak meja tv yang panjang itu. Hua3.

Lame jugak tak update blog. Penat loh. Ganti kawan. Takpe janji duet dapat. Hik.

Hmm sambungan citer yang sebelum neh. Ape tuh. Mak belanje makan. huhu. Sok nye aku saket prot yang amat. Hasil campuran Tom Yam yang pedas + Duyan. Muahaha gelak kan die. ^^,


Arini Ade kawen. Selamat Pengantin Baru Ade. Sori tak dapat datang. Dikala ini, tido lebey memberi kepuasan. Huhu ^_^!


Aug 13, 2008

What Gender Is Your Brain?




Your Brain is 67% Female, 33% Male



Your brain leans female

You think with your heart, not your head

Sweet and considerate, you are a giver

But you're tough enough not to let anyone take advantage of you!




^_^ otak saye otak female la en Nabil!

Merehatkan Diri

Salam.

Cuti. Memang bangun lambat. Huhu. Tapi mata neh celik awal. Dah terbiase kot. Hua3. Pakse mate pejam semule. Dah puas tido. Pas siap2 kemaskan diri, trus pegi umah kak long. Jumpe budak kecik tu. Irdina. Ha3, cumil3. Ajak kak long mari melepaskan bany (kure2). Kak long plak lepaskan ikan lage. He3. Suke tengok bany berenang, bebas. ^_^!

Malam. Mak belanje makan ikan bakar. Hua3. Perot ku buncit, kenyang. Ha3.

Tiade cerite yang banyak. Tapi gambo akan ku upload kan kendian.

Jumpe lagi.



Aug 11, 2008






semalam.
bertemu, kejap.
senang, biarkan hati.
keliru.
bercampur, gusar.
diakah.
tak mungkin.
terpaut lagi.
ah, pedulikan.


~~hatikulagi~~




jiwaku.

lapang, luas.
bagai langit biru.
rasaku.
hilang yang pahit.
keruh, buang sahaja.
hidupku.
tenang semula.
tulus, mula bahagia.




~~hatikulagi~~