Jan 9, 2013

Jangan kalah.



bila sudah mula melangkah. ingatkan hati gagah. rupanya masih gundah.

Jan 8, 2013

Mengigih.



Kali ini.

Pastinya kakiku mengigil.
Aku tarik kerusi. Aku duduk.
Aku tayang ke muka. Nota itu.
Ah.

Perkara baru.
Mesti mengigil.
Kadang rasa seperti otak tak ada.
Kadang rasa seperti bogel.
Malu. Lama, tapi tak tahu apa-apa.

Ah. tak senonoh.
 

May 23, 2010

Eh. wa memang tak suka orang konpiden lebih!




wa dah kata kan semalam.

YES!
YES!
YES!


Tekaan wa tepat.
Wa nak tukar profesion wa la lepas ni.

Jadi tukang ramal?
Hoh, pe tingkatan kan.

Wa nak jadi penembak la.
Kaitan la kan?
Semalam wa tembak kena pe.
Kan kan kan.

Wa dapat agak iwan[sori la bro, lu tak bes la] no las,
Maulana [yang over konfiden tu, eh wa memang tak suka orang konpiden lebih ni. hahah] no. 4 je,
No. 3 Daus [lu kiut, wa suka wa suka.hahah], Dira no 2.
Yelah dah Shahir no 1 [mestila dira, takkan Ain kot.]


Boleh la kan, penembak.

Hahaha.

Wa konpiden gelak ni.
Lu orang suka tak wa konpiden gelak?
Hahaha.

Beb, konpiden gelak takpe.
Betul wa cakap.
Dari lu orang konpiden meraung.

Oleh itu,
Mari lah kita konpiden gelak walaupun hati tengah sedih, haru-biru.
Setiap problem konpem ada jalan nak setel.
Hati mau suci dulu baru la nampak jalan.

Ni tak,
Lu sedih wa sedih. [eh. ]

Lu sedih, tapi penyebab masalah dok hepi je hulahup kat belah sana.
Lu sedih, penyebab masalah dok hepi je makan pisang goreng cicah sambal sambil goyang kaki siap ada air milo panas lagi kat sebelah. Bukan sebelah meja, sebelah pinggan pisang tu.

Lu sedih-sedih, penyebab masalah elok je dengan anak bini dia. Siap anak dalam perot get ready nak keluar lagi satu kan. [ni wa sedih ni. wa tak tahan yang ni.] [apekes?hahah.ops.]

Lu sedih-sedih, penyebab masalah elok je jalan-jalan peluk pinggang dengan awek baru dia, siap gentelmen sangkut kat bahu lagi henbeg awek baru die tu kan.

Lu sedih-sedih, wa pun sedih. Sebab minggu depan wa kena berdepan dengan audit.
[waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nanges ni nanges]


Jadi apekes?


Ah. Jom lah jangan bersedih.

Semua menda kita kena berdepan. Kena lalu.
Ada tol ke, takde tol ke.

Oke, marilah kita konpiden gembira.
Walaupun, muka ni dah ketat nak gelak.

Tak rugi. Awet muda pun.
Lu orang tak nak ke?
Macam wa.

Hahaha.
[konpiden kan stetmen gitu]

Oke la. Bai!


bisikBESAR: Wa suka sangat dengan Shahir, pekes la kan? hahah

May 22, 2010

Shahir tetap menang.


[hai Shahir. ^^]


Eh banyak gila spam kat kotak komen aku!
cis.


owh, malam ni wa nak tengok shahir jadi juara AF8.
[yakin sangat kot.hahah.]

Dulu wa ingat Ain kot. Takde naseb la lu Ain.
Takpela. Wa rasa lu hebat sangat kot. Konpem senang mau naik nanti.

Rezeki ada dimana-mana ye tak, lu orang?
Bezanya lambat, cepat.
Setakat mana usaha kita.
Kalau lambat, itu dugaan.
Kalau cepat, itu memang tuah lu.

Hidup memang selalu kena fikir positif.
Kadang-kadang memang kita down. [pergi turun turun turun.]

Cuba bawa diri lu orang kejap. Pergi la mana-mana lu orang nak.
Tenang-tenang.

Bila negatif datang kacau je, cepat-cepat carik kawan-kawan atau benda-benda yang positif.
Lu baca blog orang ke. Haha.
[wa pon baca blog orang kalau turun turun turun.]

Lu gelak-gelak ke. Bos kat depan pelik tengok lu gelak. [pedehal kan. hahah]
Lu ajak join jela.

Orang kata wa gelak kuat. Ah oke pe, dari orang kata wa kuat kentut.

Serius beb, gelak boleh turunkan stress.
Serabut pun lari setempat kalau lu suka gelak.
[Maksudnya, serabut tak lari mana pon selagi kita tak setelkan cepat masalah tu.
Masalah boleh setel. Cari jalan penyelesaian laju-laju oke.]
Paling tidak pun, serabut dan tekanan berkurangan.

Kawan-kawan wa banyak membantu jugak la kan.
Wa takde dah kawan-kawan yang menyakitkan hati.
[harapan tinggi tu.hahah]

Selagi hidup,
Buat je apa lu orang suka.
Tapi ada tapi,
Hidup mesti ada sempadan, batasan.
Jangan melampau, awas parapap awas.

Oke la.
Kang tercarut lebih.


Bai.


bisikBESAR: Jangan kecewa lebih-lebih la beb. chill!

May 19, 2010

pergi turun turun turun.



Yo no soy yo. yak ak auw.
Dem.
Going down down down.




alih bahasa: i am not myself atau ku bukan aku.



May 17, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu.



Selamat pagi. Hai.
Makin lama makin jarang wa apdet entri blog.
Wa bukan penulis tegar.
:D


Wa tak tau nak stat cerita dari belah mana.
Kalau pasal diri wa. Oke. Kadang-kadang rasa 'turun' [down]. Bukan sebab tak kawin lagi [orang selalu kaitkan wa dengan fakta ini.] Tak kuasa i.[eh.] Hidup bukan untuk kawin saja oke. Tapi kawin itu wajib. Itu bila dah ketemu pasangan dan sudah mampu dari segala segi.

Eh.
Oke. Tuka topik.

Piala Thomas. Kalah, oke. wa bole terima wat.
Lagipon bukan melayu yang main. Try budak-budak melayu yang main.
Yang semangat macam anak-anak arwah pakcik sidek.
Yang tak warnakan rambut.
Eh sebab apa wa kaitkan dengan point tu?
Entah, sebab kalau solat nanti tak sah kot.
Hahah.
Padahal wa pun pernah warnakan rambut je kan. Cerita 8 tahun dulu.
:P

Wa lupa nak selitkan pasal neo.

Kesian dia. Eksiden 2kali.
Pertama kali, di balakong.
Kedua kali, di tiang garaj.

Harap, takde dah ketiga kali, kelapan kali ke.
Minta jauh dari persimpangan dilema.
Dapat merasa camne nak setelkan sendiri hal-hal urusan baiki kereta.
Takde la sepenuhnya mengharapkan bantuan lelaki je kan.
Gagah kan wa?
:P
Tapi jangan belagak sangat sampaikan tolak pertolongan insan yang terlebih kudrat tu kan.
Boleh je. Tak dose. Selagi tak gedik.
hahah.

Rasanya ramai kawan wa nak kawin bulan depan. Cuti sekolah. Biasalah. Bila lagi nak gunakan cuti sedara-mara, anak buah, anak tak buah kan?
Hahah. Seronok je wa rasa. Betol tak?
:P

Selamat Pengantin Baru buat Azi, Wan Nazarina [beb, lu langkah bendul wa ni.chais!], Moo [sori beb, tak dapat datang kenduri lu.] dan siapa-siapa lagi la yang tak jemput wa.
Takpe wa ingat sampai mati.
hahah. Ape kes.

Sudah la ek. Wa rasa idea berterabur ni. Lagi-lagi tak dapat join kawan wa pegi holiday. Sabah plak tu. Dem.
Korang jaga diri baik-baik la ek.

Tajuk memang lari dengan isi. hahah.

bisikBESAR: apedehal wa nak tuka kata ganti diri wa. hahah.

Apr 25, 2010

Semua telah ditentukan.

Bergetar rasa hati bila dengar perkhabaran tentang pemergian achik. Sedih. Ketika itu aku dilangkawi. Berseronok, dan kemudian tersentap menerima hakikat ini. Aku membesar diiringi dengan lagu-lagu arwah. Sepupu aku pula selalu dikaitkan dengan achik. kononnya mereka seiras. :) Dulu aku pernah merasakan arwah dengan penyanyi nana sesuai bersama. Sebagai pasangan kekasih mungkin. Ini cerita dulu oke. :) dan diari romeo filem lakonan arwah, juga aku ikuti. Biarkan mereka yang berkata taste aku ntah serupa apa. Tapi aku sebenarnya menghargai bakat arwah.

Sehingga ke hari ini. Sebak masa aku terasa tiap kali terlihat wajah, lagu dan segala cerita tentang arwah. Terlalu cepat. Tapi itulah kenyataannya. Ajal dan maut sudah ditentukan Allah.







Moga keluarga achik tabah menghadapi dugaan sekuat ini.

Al-Fatihah.

Juga untuk mereka yang sudah pergi.


BisikBesar: kesemua gambar ini aku gugel dan dari ohmalaysia.com.